Buncee Virtual Event - Creative Beginnings

Berita baik buat warga pendidik yang “dahagakan” program Pembangunan Profesional! Jenama pendidikan antarabangsa Buncee akan mengadakan acara maya terbuka kepada semua warga pendidik dari seluruh dunia pada awal bulan depan. Acara yang diberi nama Creative Beginnings ini akan bersiaran secara langsung selama 3 hari, iaitu bermula dari 3 sehingga 5 Ogos 2020.

Buncee Virtual Event - Creative Beginnings
Kredit gambar: Buncee

Buncee merupakan satu aplikasi persembahan multimedia yang membolehkan guru dan murid untuk menghasilkan pelbagai kandungan pengajaran dan pembelajaran dengan mudah dan interaktif.

Apa itu Buncee

Aplikasi ini adalah senang untuk digunakan kerana menggunapakai antara muka “drag-and-drop“. Selain daripada memuat naik bahan grafik sendiri, aplikasi atas talian ini juga menyediakan akses kepada lebih 8 ribu bahan grafik premium termasuklah stiker digital, animasi, dan templat, sekali gus memudahkan guru dan murid untuk menghasilkan kandungan persembahan yang menarik dan kreatif.

Lebih 25 kategori template Buncee untuk dipilih
Terdapat lebih 25 kategori template Buncee untuk dipilih

Jika ada kesempatan, admin akan menerangkan lebih lanjut tentang Buncee di entri akan datang.

Jom Sertai Buncee Creative Beginnings

Acara Buncee Creative Beginnings ini akan membawakan 11 sesi webinar yang menampilkan lebih 30 orang pembentang, ahli panel dan moderator.

Peserta akan berpeluang untuk mendengar sendiri perkongsian daripada komuniti Buncee tentang kisah kejayaan dan amalan terbaik penggunaan aplikasi Buncee untuk pengajaran dan pembelajaran terutamanya untuk pembelajaran jarak jauh (remote learning).

Berikut merupakan jadual penuh program Buncee Creative Beginnings (Waktu Malaysia telah disertakan).

Hari 1 (3 Ogos 2020, Isnin)

Buncee Creative Beginnings - Hari 1

Buncee LIVE & The Power of Community for Student Engagement | Jam 1.30 – 3 petang (Eastern Time)
(Waktu Malaysia: 1.30 – 3 pagi, 4 Ogos)

InterACTIVE Learning with Buncee in Elementary | Jam 4 – 5 petang (Eastern Time)
(Waktu Malaysia: 4 – 5 pagi, 4 Ogos)

Buncee’ing as a Tech Coach | Jam 6 – 7 petang (Eastern Time)
(Waktu Malaysia: 6 – 7 pagi, 4 Ogos)

Hari 2 (4 Ogos 2020, Selasa)

Buncee Creative Beginnings - Hari 2

Keeping Students Engaged from Afar: Back to School Ideas & More | Jam 12 – 1 petang (Eastern Time)
(Waktu Malaysia: 12 tengah malam – 1 pagi, 5 Ogos)

Leading with Positivity | Jam 2 – 3 petang (Eastern Time)
(Waktu Malaysia: 2 – 3 pagi, 5 Ogos)

Relationship Building with Buncee in School Communities | Jam 4 – 5 petang (Eastern Time)
(Waktu Malaysia: 4 – 5 pagi, 5 Ogos)

It’s All About the Space: Making Instruction Accessible for All Learners | Jam 6 – 7 petang (Eastern Time)
(Waktu Malaysia: 6 – 7 pagi, 5 Ogos)

Hari 3 (5 Ogos 2020, Rabu)

Buncee Creative Beginnings - Hari 3

Back to School with SEL & Buncee | Jam 12 – 1 petang (Eastern Time)
(Waktu Malaysia: 12 tengah malam – 1 pagi, 6 Ogos)

The Tech Gadget for All Reasons | Jam 2 – 3 petang (Eastern Time)
(Waktu Malaysia: 2 – 3 pagi, 6 Ogos)

You’ve Got Tech in my Lesson! Reaching Instructional Depth using Student Engagement Tools | Jam 4 – 5 petang (Eastern Time)
(Waktu Malaysia: 4 – 5 pagi, 6 Ogos)

Buncee in the Library | Jam 6 – 7 petang (Eastern Time)
(Waktu Malaysia: 6 – 7 pagi, 6 Ogos)

Pendaftaran adalah percuma dan boleh dilakukan di https://www.events.buncee.com/register. Namun, acara ini mungkin mencabar untuk diikuti kerana sesi-sesi webinar ini akan berlangsung pada waktu tengah malam dan awal pagi di Malaysia.

Anda adalah digalakkan untuk mendapatkan rehat secukupnya terlebih dahulu sekiranya ingin mengikuti sesi webinar secara langsung pada hari kejadian.

Sertai Buncee Malaysia Educator Community
Buncee Malaysia Educator Community
Kredit gambar: Buncee

Pada minggu lepas, Buncee dengan kerjasama Cikgu Rooban Arumugam dari Inspire.MY telah menubuhkan satu kumpulan komuniti Buncee di Facebook, khas untuk warga pendidik dari Malaysia. Terima kasih kepada Buncee dan Cikgu Rooban di atas inisiatif ini!

Tunggu apa lagi, jom kita sertai Buncee Malaysia Educator Community  dan mula membina jaringan serta berkongsi idea mengenai Buncee bersama rakan pendidik yang lain.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.