Banner Sesi Pelancaran EDUBIT oleh Cytron Technologies pada 8 Ogos 2020

Cytron Technologies akan melancarkan kit pembelajaran terbaharu mereka yang dinamakan sebagai EDU:BIT secara langsung pada Sabtu ini di saluran Youtube dan Facebook rasmi Cytron Technologies.

Banner Sesi Pelancaran EDUBIT oleh Cytron Technologies pada 8 Ogos 2020
Kredit gambar: Cytron

EDU:BIT akan dirasmikan oleh Mr Tan Eng Tong yang merupakan CEO di Cytron Technologies. Turut bersama ialah Mr Waris Candra dari micro:bit Educational Foundation, Dr Sumitra Nair dari MDEC, dan juga Assoc. Prof. Dr Thang dari Asia Pacific University.

Selain melancarkan produk baharu, Cytron turut akan memperkenalkan program pensijilan EDU:BIT kepada guru dan murid. Bukan itu sahaja, terdapat 10 set EDU:BIT untuk dimenangi oleh anda pada sesi pelancaran nanti!

10 Unit EDUBIT oleh Cytron Technologies untuk dimenangi
Kredit gambar: Cytron

Apa itu EDU:BIT?

EDU:BIT atau nama penuhnya, Educational Training and Project Kit for micro:bit, merupakan kit pembelajaran mesra pemula (beginner-friendly) yang berasaskan papan pengawal micro:bit . Ianya adalah sesuai untuk digunakan oleh murid (dan sesiapa sahaja) untuk belajar pengaturcaraan sambil bermain dan boleh juga digunakan dalam pembelajaran STEM/STEAM berasaskan projek. Malah kit pembelajaran ini turut dapat memenuhi keperluan pembelajaran mata pelajaran Reka Bentuk & Teknologi bagi murid darjah 5.

EDUBIT - Kit Pembelajaran Berasaskan microbit oleh Cytron Technologies
Kredit gambar: Cytron

Kit pembelajaran ini hadir dengan buku panduan berwarna (versi bahasa Inggeris) yang mengandungi 10+1 aktiviti pembelajaran yang menarik dan juga didatangkan dengan aksesori permainan di mana murid dapat membina permainan klasik seperti Snakes and Ladders, Penalty Shoot-Out dan Twister.

Untuk pengetahuan, pihak Cytron dengan bantuan sukarela guru-guru sedang dalam proses penterjemahan buku panduan kepada Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Buku panduan yang telah siap diterjemah boleh dimuat turun secara percuma dalam format PDF nanti.

Admin akan menulis dengan lebih terperinci mengenai EDU:BIT di entri akan datang atau anda juga boleh melayari EDU:BIT Resource Hub (https://sites.google.com/cytron.io/edubit-resource-hub/) untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai EDU:BIT dan program pensijilan yang ditawarkan.

EDUBIT Resource Hub

Dapatkan EDU:BIT pada Harga Istimewa!

Sempena dengan pelancaran EDU:BIT pada 8 Ogos ini, kit pembelajaran ini boleh dimiliki oleh anda pada harga yang istimewa! Anda boleh mendapatkan EDU:BIT (harga asal RM 219) dengan potongan harga sehingga 50%! Promosi ini adalah terhad kepada 150 pembeli pertama di mana 50 pembeli pertama akan menikmati potongan sebanyak 50%, diikuti dengan 50 pembeli seterusnya pada potongan sebanyak 40%. Manakala pembeli ke-101 sehingga ke-150 akan diberi potongan sebanyak 30%.

Halaman Produk EDUBIT oleh Cytron Technologies

Berikut merupakan harga EDU:BIT selepas potongan harga.

  • 50% – RM109.50
  • 40% – RM131.40
  • 30% – RM153.30

Jangan lupa untuk mendapatkan EDU:BIT bermula 8 Ogos ini di pautan https://my.cytron.io/p-edubit-training-and-project-kit-for-microbit.

Jom Sertai Sesi Pelancaran EDU:BIT & Certification Program for STEAM Education!

Sesi pelancaran EDU:BIT akan diadakan pada jam 8.30 malam pada 8 Ogos 2020 (Sabtu) di saluran Youtube dan Facebook rasmi Cytron Technologies.

Jangan lupa untuk mengikutinya di pautan https://link.cytron.io/edubit (Facebook) atau melalui saluran Youtube (https://www.youtube.com/user/cytrontech). Anda mungkin bertuah untuk membawa pulang satu set EDU:KIT!

Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.