Program Pensijilan EDUBIT Train-the-Trainer oleh Cytron Technologies - Daftarkan Minat Anda

Cytron Technologies telah melancarkan EDU:BIT &¬†Certification Programme for STEAM Education dalam satu sesi yang telah disiarkan secara langsung malam kelmarin di saluran Youtube dan Facebook rasmi syarikat pembuat produk elektronik tersebut. Tahniah diucapkan daripada kami di Pendidik Digital MY! ūüôā

Banner Sesi Pelancaran EDUBIT oleh Cytron Technologies pada 8 Ogos 2020
Kredit gambar: Cytron

Sesi pelancaran ini telah disempurnakan oleh Mr Tan Eng Tong yang merupakan CEO di Cytron Technologies. Satu sesi perbincangan panel turut diadakan bersama Mr Waris Candra dari micro:bit Educational Foundation, Dr Sumitra Nair dari MDEC, dan juga Assoc. Prof. Dr Thang dari Asia Pacific University. Puan Cheryl Ng dari Cytron Technologies merupakan moderator dalam sesi tersebut.

Jika anda telah terlepas mengikuti sesi pelancaran EDU:BIT ini, anda masih boleh menonton video rakaman yang telah admin embed di bawah.

Untuk pengetahuan, EDU:BIT atau nama penuhnya, Educational Training and Project Kit for micro:bit, merupakan kit pembelajaran mesra pemula (beginner-friendly) yang berasaskan papan pengawal micro:bit. Ianya adalah sesuai untuk digunakan oleh murid (dan sesiapa sahaja) untuk belajar pengaturcaraan sambil bermain dan boleh juga digunakan dalam pembelajaran STEM/STEAM berasaskan projek. Malah kit pembelajaran ini turut dapat memenuhi keperluan pembelajaran mata pelajaran Reka Bentuk & Teknologi bagi murid darjah 5.

Semua yang terdapat dalam Kit Pembelajaran EDU:BIT
Kredit gambar: Cytron

Buku panduan EDU:BIT  boleh dimuat turun dalam Bahasa Inggeris (https://link.cytron.io/edubit-book-english) dan Bahasa Melayu (https://link.cytron.io/edubit-book-bm). Buku edisi Bahasa Cina dan Bahasa Tamil akan didapati dalam masa terdekat.

Juga, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai EDU:BIT dan program pensijilan yang ditawarkan di halaman EDU:BIT Resource Hub (https://sites.google.com/cytron.io/edubit-resource-hub/).

EDUBIT Resource Hub

Dapatkan EDU:BIT pada Harga Istimewa!

Sempena dengan pelancaran EDU:BIT ini, anda boleh mendapatkan kit pembelajaran ini dari Cytron Marketplace (https://cytron.io/p-edubit) pada tawaran harga istimewa dengan potongan harga sehingga 50%!

Halaman Produk EDUBIT oleh Cytron Technologies

Promosi ini adalah sah sehingga 19 Ogos 2020 sahaja. Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk memiliki EDU:BIT pada harga menarik ini!

Jom sertai Webinar EDU:BIT Train-the-Trainer khas kepada Guru

Program Pensijilan EDUBIT Train-the-Trainer oleh Cytron Technologies - Daftarkan Minat Anda

Cytron Technologies dengan kerjasama Pendidik Digital MY dan Cikgu Get Certified (https://t.me/cgetcertified) akan mengadakan sesi webinar EDU:BIT Train the Trainer khas kepada guru pada ketepatan berikut:

Tarikh: 24 – 26 Ogos 2020 (Isnin – Rabu)
Masa: 8.00 – 9.30 malam
Tempat: Saluran Youtube Pendidik Digital MY (https://youtube.com/c/PendidikDigitalMY)

Di akhir sesi latihan, peserta yang berjaya melengkapkan sesi latihan ini adalah layak untuk memohon sebagai Certified Instructor (Bronze). Panduan untuk memohon akan diberitahu oleh instruktor di sesi latihan nanti.

Jom daftarkan minat anda di https://link.cytron.io/edubit-ttt. Dan jangan lupa untuk mendapatkan EDU:BIT sebelum mengikuti sesi latihan ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.