Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah mengikuti sesi webinar EDU:BIT Train-the-Trainer dari 24 sehingga 26 Ogos 2020. Sesi webinar selama 3 hari ini merupakan program yang dibawakan khas kepada warga pendidik oleh Cytron Technologies dengan kerjasama Pendidik Digital MY dan Cikgu Get Certified (t.me/cgetcertified).

Sekalung tahniah diucapkan kepada instruktor – Cikgu Cheryl Ng dari Cytron Technologies, yang telah menyempurnakan sesi webinar ini dengan jayanya. Beliau juga merupakan pengarang kepada buku panduan EDU:BIT.

Semua yang terdapat dalam Kit Pembelajaran EDU:BIT
Kredit gambar: Cytron

Lebih 100 orang warga pendidik telah berjaya mengikuti sesi webinar ini dan mereka adalah layak untuk memohon sebagai Certified Instructor (Bronze)Permohonan boleh dibuat di halaman Community di  EDU:BIT Resource Hub (http://link.cytron.io/edubit-community).

Peserta berswafoto bersama EDUBIT
Peserta berswafoto bersama EDUBIT. / Kredit gambar: Cytron

Berikut merupakan senarai sesi webinar EDU:BIT Train-the-Trainer yang telah berlangsung di Saluran Youtube Pendidik Digital MY. Bagi anda yang telah terlepas dalam mengikuti sesi webinar kami secara live, bolehlah menonton rakaman video yang telah admin embed di sini.

Sesi Webinar EDU:BIT Train-the-Trainer

Jangan lupa SUBSCRIBE dan LIKE  Saluran Youtube Pendidik Digital MY di pautan www.youtube.com/c/PendidikDigitalMY sebagai tanda sokongan kepada kami.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.