Wakelet merupakan antara salah satu jenama pendidikan antarabangsa yang giat dalam menjalankan sesi-sesi webinar untuk ahli komuniti mereka. Seperti biasa, webinar A Beginner’s Guide to Wakelet dan juga webinar Become a Wakelet Pro Surfer! merupakan dua sesi webinar tetap yang menemui anda pada setiap hari Selasa dan Rabu.
Baca Juga – Apa yang menarik tentang Wakelet?
Selain daripada dua sesi webinar mingguan Wakelet ini, tiga (3) webinar khas komuniti atauCommunity Special webinars turut diadakan pada 3, 10 dan 24 September 2020 (Khamis), jam 12 tengah malam.
Webinar Pembangunan Profesional bersama Wakelet bagi Bulan September 2020
Berikut merupakan jadual webinar Wakelet untuk bulan ini.
A Beginner’s Guide to Wakelet
Hari: Setiap hari Selasa
Masa: 3 petang dan 6 petang (BST) / 10 malam dan 2 pagi pada keesokan hari (waktu Malaysia)
Become a Wakelet Pro Surfer!
Hari: Setiap hari Rabu
Masa: 4 petang (BST) / 11 malam (waktu Malaysia)
Learn how to use Wakelet spaces
Tarikh dan Hari: 3 September 2020 (Khamis)
Masa: 5 petang (BST) / 12 tengah malam (waktu Malaysia)
Simple ways to engage your classrooms
Tarikh dan Hari: 10 September 2020 (Khamis)
Masa: 5 petang (BST) / 12 tengah malam (waktu Malaysia)
Boosting Creativity with Wakelet and WeVideo
Tarikh dan Hari: 24 September 2020 (Khamis)
Masa: 5 petang (BST) / 12 tengah malam (waktu Malaysia)
Pendaftaran adalah percuma dan sijil kehadiran digital disediakan kepada peserta oleh pihak Wakelet. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, boleh layari halaman Wakelet Training Center di https://training.wakelet.com/pd/.
Baca juga – Wakelet Training Center kini sedia untuk diakses
Jom sertai Komuniti Wakelet Malaysia

Pihak Wakelet dengan kerjasama duta-duta Wakelet Malaysia telah menubuhkan FB group rasmi Wakelet Malaysia pada awal bulan Julai. Kini bilangan ahli telah mencecah angka 680 orang!
Antara tujuan penubuhan adalah untuk mewujudkan medium khas kepada warga pendidik Malaysia untuk berkongsi idea, mengemukakan soalan, dan mendapatkan maklum balas yang berguna mengenai penggunaan Wakelet di bilik darjah.
Kepada anda yang belum sertai kami, kami alu-alukan anda untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Wakelet Malaysia di https://www.facebook.com/groups/wakeletmalaysia/.