Kempen Kickstarter EDU:BIT akan bermula dari 29 September 2020

Setelah dilancarkan pada 8 Ogos yang lepas,Cytron Technologies kini bersedia untuk mengumpul dana bagi memasarkan produk terbaharu mereka iaitu EDU:BIT , pada skala besar-besaran ke persada antarabangsa menerusi kempen Kickstarter.

Kempen Kickstarter EDU:BIT akan bermula dari 29 September 2020
Kredit gambar: Cytron

Kempen Kickstarter EDU:BIT  akan bermula dari 29 September sehingga 22 Oktober 2020 dan ia merupakan kali kedua platform Kickstarter dimanfaatkan oleh syarikat teknologi tempatan ini. Nantikan pelbagai tawaran menarik EDU:BIT di https://link.cytron.io/edubit-kickstarter.

“Selain mengumpul dana, kami juga ingin memanfaatkan
platform Kickstarter bagi memperkenalkan inovasi Malaysia di pasaran antarabangsa,” jelas
Encik Tan Eng Tong, pengasas dan CEO Cytron Technologies.

Untuk pengetahuan, Kickstarter merupakan satu platform pembiayaan orang ramai (crowd-funding) yang mempunyai lebih daripada 18 juta pelanggan di seluruh dunia. Pada tahun 2018, Cytron telah berjaya mengumpul dana sebanyak US$63,875 (1875% dibiayai) melalui kempen $6 Maker UNO:Simplying Arduino for {Education} di Kickstarter.

Apa itu EDU:BIT?

EDU:BIT atau nama penuhnya, Educational Training and Project Kit for micro:bit, merupakan kit pembelajaran robotik dan pengaturcaraan yang berasaskan papan pengawal micro:bit. Kit ini adalah mesra pemula (beginner-friendly) dan sesuai untuk digunakan oleh murid (dan sesiapa sahaja) untuk belajar pengaturcaraan sambil bermain dan boleh juga digunakan dalam pembelajaran STEM/STEAM berasaskan projek. Malah kit pembelajaran ini turut dapat memenuhi keperluan pembelajaran mata pelajaran Reka Bentuk & Teknologi bagi murid darjah 5.

Semua yang terdapat dalam Kit Pembelajaran EDU:BIT
Kredit gambar: Cytron

Kit pembelajaran ini hadir dengan buku panduan berwarna (versi bahasa Inggeris) yang mengandungi 10+1 aktiviti pembelajaran yang menarik dan juga didatangkan dengan aksesori permainan di mana murid dapat membina permainan klasik seperti Snakes and Ladders, Penalty Shoot-Out dan Twister.

“Dengan
EDU:BIT, kami berhasrat untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan bagi
kanak-kanak dan pada masa yang sama memudahkan urusan ibu bapa dan guru,” kata
Cheryl Ng, ketua rero EDUteam, tunjang pendidikan bagi Cytron Technologies.

Setelah selesai mengikuti semua aktiviti pembelajaran, murid-murid boleh menduduki pentaksiran dalam talian secara percuma di halaman Certification di EDU:BIT Resource Hub (http://link.cytron.io/edubit-certification). Sijil yang diperoleh adalah diperakui oleh pihak MDEC dan Asia Pacific University.

Selain itu, guru dan murid juga boleh menyertai program komuniti EDU:BIT di mana pelbagai pengiktirafan disediakan termasuklah Jr Facilitator, Certified Instructor (Bronze), Certified Coach (Silver), dan Master Trainer (Gold). Permohonan boleh dibuat di halaman Community di EDU:BIT Resource Hub (http://link.cytron.io/edubit-community).

Selain Bahasa Inggeris, buku panduan EDU:BIT juga terdapat dalam bahasa Melayu, Tamil dan Hungarian, dan sedia untuk dimuat turun dalam format PDF dari EDU:BIT Resource Hub (https://link.cytron.io/edubit-download). Versi Bahasa Mandarin, Jepun dan Thai akan didapati dalam masa terdekat.

Dapatkan EDU:BIT percuma untuk sekolah anda!

Belajar Pengaturcaraan sambil Bermain dengan EDUBIT
Kredit gambar: Cytron

Anda bukan sahaja boleh mendapatkan kit pembelajaran EDU:BIT untuk diri sendiri pada harga menarik, malah anda berpeluang juga untuk menuntut satu kit percuma untuk sekolah anda atau sekolah pilihan anda.

“Sokong kami di Kickstarter bagi mendapatkan satu kit EDU:BIT untuk anak anda; dan seterusnya tuntut satu kit percuma untuk diberikan kepada satu sekolah pilihan anda. Melalui inisiatif ini, kami berharap dapat menjangkau lebih banyak sekolah selaras dengan visi kami iaitu memperkenalkan robotik dan pengaturcaraan kepada orang ramai,” tambah Cheryl.

Program pemberian kit percuma kepada sekolah-sekolah di Malaysia ini adalah antara usaha yang ditunjukkan oleh Cytron dalam menyokong initiatif #mydigitalmaker yang diterajui oleh MDEC. Selain itu, sesi latihan turut akan disediakan kepada guru-guru yang memerlukan.

Cytron Technologies - Misi Membawa Robotik dan Pengaturcaraan kepada Orang Ramai
Kredit gambar: Cytron

Jom sama-samalah kita menyokong usaha syarikat teknologi tempatan dalam usaha untuk membawa robotik dan pengaturcaraan kepada orang ramai di Malaysia dan juga persada antarabangsa!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.