Selain memperkenalkan kit pembelajaran terbaharu iaitu EDU:BIT pada bulan lepas,Cytron Technologies turut hadir dengan program pensijilan dan komuniti khas untuk guru dan murid.
Dalam entri ini, admin akan memberi tumpuan kepada program komuniti EDU:BIT. Manakala program pensijilan akan diterangkan secara terperinci pada entri akan datang.
Program Komuniti EDU:BIT
Program komuniti EDU:BIT menyediakan pelbagai pengiktirafan untuk guru dan murid termasuklah:
Murid
- Jr Facilitator
Guru
- Certified Instructor (Bronze)
- Certified Coach (Silver)
- Master Trainer (Gold)
Jr Facilitator
Seorang murid adalah layak untuk dicalonkan oleh guru atau instruktor sebagai Jr Facilitator jika murid tersebut telah memenuhi syarat-syarat berikut:
- Telah melengkapkan kesemua 10+1 kandungan dan aktiviti pembelajaran yang terdapat dalam buku panduan EDU:BIT.
- Telah membina dan berkongsi projek EDU:BIT.
- Berupaya untuk membimbing rakan sama ada secara perseorangan atau dalam kumpulan kecil.
Certified Instructor (Bronze)
Pengiktirafan pertama yang boleh dimohon oleh seorang guru adalah Certified Instructor (Bronze).
Syarat-syarat permohonan adalah berikut:
- Telah mengikuti sesi latihan EDU:BIT secara bersemuka atau di atas talian, yang dikendalikan oleh instruktor atau pihak reroEDU team sendiri.
- Berpengalaman menggunakan MakeCode Editor.
- Telah mengadakan sesi pengenalan EDU:BIT untuk rakan guru atau murid.
Pemohon perlu menjawab soalan kuiz ketika mengisi borang permohonan dan mencapai sekurangnya 70 markah untuk layak diiktiraf sebagai Certified Instructor (Bronze).
Certified Coach (Silver)
Anda layak untuk memohon sebagai Certified Coach (Silver) apabila anda telah berjaya melatih sekurangnya 3 orang murid sebagai Jr Facilitator.
Master Trainer (Gold)
Master Trainer (Gold) adalah layak dimohon apabila anda telah berjaya melatih dan membimbing sekurangnya 3 orang Certified Instructor atau Certified Coach.
Program Komuniti EDU:BIT boleh dilayari di halaman Community di EDU:BIT Resource Hub (http://link.cytron.io/edubit-community) di mana anda boleh membuat permohonan melalui halaman tersebut.
Permohonan akan diproses oleh pihak rero EDUteam sebanyak dua kali sebulan, iaitu pada setiap 1hb dan 15hb.
Diharapkan dengan adanya program komuniti ini dapat memberi impak positif terhadap penggunaan EDU:BIT sebagai salah satu physical computing device untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah terutamanya bagi mata pelajaran Reka Bentuk & Teknologi (RBT), di samping memperkenalkan robotik dan pengaturcaraan kepada orang ramai.