SPACE Komuniti Wakelet Malaysia telah berjaya dilancarkan pada 3hb Oktober yang lepas (rakaman boleh ditonton di http://bit.ly/031020SPACEWakeletMY) dan bersempena dengan itu, satu pertandingan koleksi Wakelet telah diadakan di mana anda berpeluang untuk memenangi swag eksklusif daripada pihak Wakelet.

Pertandingan Koleksi Wakelet Sempena Sesi Pelancaran SPACE Komuniti Wakelet Malaysia

Pertandingan ini adalah terbahagi kepada TIGA (3) kategori iaitu:

a. Pertandingan membina koleksi Wakelet Virtual School Tour (Lawatan Sekolah Secara Maya)

Pertandingan membina koleksi Wakelet Virtual School Tour (Lawatan Sekolah Secara Maya)

b. Pertandingan perkongsian koleksi Wakelet Hasil kerja Pelajar

Pertandingan perkongsian koleksi Wakelet Hasil kerja Pelajar

c. Pertandingan Hebahan Kreatif Post Media Sosial

Pertandingan Hebahan Kreatif Post Media Sosial

Bagi pertandingan (a) dan (b), apa yang perlu anda buat ialah membina koleksiWakelet anda mengikut tema yang diberi. Anda perlu mengumpulkan dan menyusunatur bahan-bahan yang berkaitan dalam pelbagai format termasuklah pautan, gambar, video, fail PDF dan sebagainya. Kemudian, anda perlu berkongsi pautan ke koleksi anda di FB group rasmi Wakelet Malaysia (https://www.facebook.com/groups/wakeletmalaysia).

Pertandingan Koleksi Wakelet - Kongsikan ke FB Wakelet Malaysia
Koleksi yang telah anda kongsikan akan turut dimasukkan ke SPACE Komuniti Wakelet Malaysia di https://wakelet.com/@SpaceKomunitiWakeletMY.

Manakala bagi pertandingan (c) pula, anda perlu mewujudkan hebahan-hebahan kreatif anda tentang penggunaan Wakelet anda di media sosial (Instagram, Facebook dan Twitter). Anda juga boleh menyertakan pautan ke koleksi Wakelet anda (sekiranya ada) dalam hebahan tersebut.

Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua guru yang menggunakan/ingin mencuba Wakelet! Jangan lepaskan peluang ini!

Tarikh akhir pertandingan adalah pada 20hb Oktober 2020 (Selasa), jam 6 petang.

Pertandingan Koleksi Wakelet - Pengumuman Pemenang pada 21hb Oktober 2020

Pemenang akan diumumkan di Sesi ke-2 Pelancaran SPACE Komuniti Wakelet Malaysiaย pada 21hb Oktober 2020 (Rabu).

Kemaskini 21hb Oktober 2020:

Senarai pemenang akan diumumkan pada 24hb Oktober 2020 (Sabtu) di SPACE Komuniti Wakelet Malaysia @ https://wakelet.com/@SpaceKomunitiWakeletMY. Maaf di atas segala kesulitan.

Pengumuman Pemenang Koleksi Wakelet pada 24hb Oktober 2020

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.