Berita baik! Frogasia telah hadir dengan Program Pembangunan Profesionalisme percuma kepada warga pendidik di Malaysia.

Dikenali sebagai Frog Profesionalisme Development (PD) Series, para guru berpeluang untuk mempelajari kemahiran menggunakan fitur-fitur dalam Frog VLE melalui modul akses kendiri yang disediakan, dan layak untuk memperoleh sijil pengiktirafan setelah melengkapkan modul tersebut.
Modul FrogPlay Live

Modul FrogPlay Live merupakan modul atas talian pertama yang ditawarkan dalam Frog PD Series dan ianya telah sedia untuk diakses sejak 26 Oktober 2020. Modul ini mengandungi panduan langkah demi langkah yang bergambar untuk guru dan murid serta rujukan senarai semak untuk bermula. Juga ketahui cara-cara cikgu dapat menggunakan aplikasi FrogPlay Live ini di dalam PdPc dan PdPR.

Untuk pengetahuan, FrogPlay Live merupakan ciri tambahan dalam rangkaian produk FrogPlay yang membolehkan penglibatan murid dalam penilaian kompetitif masa nyata (real-time). Guru boleh menjalankan persaingan kuiz secara langsung untuk murid seluruh kelas.
Bagaimana untuk menyertai?
Kepada guru-guru yang berminat, boleh mendaftar untuk mengikuti program ini di pautan: .

Cikgu akan menerima emel daripada pihak Frogasia, di mana di dalam emel tersebut akan disertakan dengan panduan untuk cikgu mengakses Modul FrogPlay Live dari laman Frog PD. Buat masa ini, hanya modul FrogPlay Live yang ditawarkan. Namun begitu, modul-modul baharu akan dimasukkan dalam laman Frog PD dalam masa terdekat.
Setiap modul mengandungi nota, soalan kuiz dan sumber pembelajaran yang boleh dimuat turun. Cikgu boleh mengikuti modul tersebut mengikut kesesuaian masa cikgu.
Setelah cikgu berjaya untuk melengkapkan sesuatu modul, cikgu akan menerima sijil pengiktirafan. Sijil bagi modul yang telah dilengkapkan boleh diakses di bahagian “My Awards“.
Jom mulakan pembelajaran cikgu di Frog PD Series! 🙂
Untuk bantuan atau maklumat lanjut tentang modul-modul akan datang Frog PD Series, cikgu boleh ikuti Komuniti LeapIn di Facebook di pautan: .
