Buat julung-julung kalinya, Pendidik Digital MY dan Cikgu Get Certified (t.me/cgetcertified) dengan kerjasama Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP) JPN Johor akan menganjurkan Pertandingan Piala Kahoot! Malaysia 2020 yang akan berlangsung pada bulan ini.
Pihak kami telah menerima lebih 500 respons daripada sekolah-sekolah yang berminat melalui borang daftar minat yang diedarkan bermula 30 Oktober sehingga 3 November 2020. Terima kasih di atas daftar minat sekolah cikgu! 🙂
Panduan pertandingan dan pautan borang pendaftaran pasukan bertanding telah dimaklumkan kepada sekolah-sekolah yang telah mendaftar minat melalui emel pada hari ini (4 November 2020).
Jika cikgu tidak bersempatan untuk mengisi borang daftar minat sebelum ini, sekolah cikgu masih boleh menyertai pertandingan ini dengan mengisi borang melalui pautan berikut.
(a) Kategori Murid Sekolah Rendah (Tahun 4 – 6)
(b) Kategori Murid Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – 3)
Pendaftaran pasukan bertanding akan ditutup pada 10 November 2020 (Selasa), jam 11:59 pm.
Laman rasmi Pertandingan Piala Kahoot! MY 2020 telah disediakan sebagai rujukan maklumat bagi guru pembimbing dan peserta pertandingan. Laman ini sedia untuk diakses di .
Bagi pasukan yang bertanding, satu taklimat pertandingan akan diadakan pada 12 November 2020 (Khamis), jam 9 – 10 malam 2.30 – 3.30 petang menerusi saluran Youtube Pendidik Digital MY di pautan .
Kami berharap dengan kehadiran pasukan bertanding dari sekolah cikgu dapat memeriahkan lagi pertandingan ini.