Keputusan Pertandingan Piala Kahoot! Malaysia 2020 - Jumpa di Edisi Akan Datang

Kami di Pendidik Digital MY dan Cikgu Get Certified (t.me/cgetcertified) ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pasukan bertanding dari sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh Malaysia kerana telah mengambil bahagian dalam pertandingan Piala Kahoot! Malaysia 2020.

Piala Kahoot! Malaysia 2020

Pertandingan yang telah diadakan buat julung-julung kalinya dengan kerjasama daripada Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP) JPN Johor adalah terbahagi kepada DUA (2) kategori, iaitu kategori Sekolah Rendah dan kategori Sekolah Menengah.

Kategori Sekolah Rendah yang melibatkan murid tahun 4 – 6 telah berlangsung antara 17hb sehingga 19hb November 2020. Sebanyak 120 pasukan bertanding dari 68 buah sekolah telah bertanding dalam kategori ini.

Pertandingan Piala Kahoot! Malaysia 2020 - Sekolah Bertanding (Sekolah Rendah)

Manakala kategori Sekolah Menengah (Murid tingkatan 1 – 3) pula telah diadakan dari 24hb sehingga 26hb November 2020 dengan penglibatan sebanyak 53 pasukan bertanding dari 33 buah sekolah.

Pertandingan Piala Kahoot! Malaysia 2020 - Sekolah Bertanding (Sekolah Menengah)

Di sini, kami ingin merakamkan jutaanย  terima kasih kepada En. Mohd Hairil Fitri Jaa’afar, yang merupakan Penolong Pengarah Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, JPN Johor kerana turut bersama dengan kami dalam pertandingan peringkat akhir Kategori Sekolah Rendah dan Menengah pada 19hb dan 26hb November 2020.

Ucapan En Hairil Fitri, Penolong Pengawai SSTP JPN Johor

Tidak lupa juga kepada barisan panel kami yang telah menyediakan soalan-soalan bagi kegunaan pertandingan. Terima kasih kami ucapkan.

Pertandingan Piala Kahoot! Malaysia 2020 - Barisan Ahli Panel (Sekolah Rendah)

Pertandingan Piala Kahoot! Malaysia 2020 - Barisan Ahli Panel (Sekolah Menengah)

Walaupun pemenang bagi kedua-dua kategori telah diumumkan pada 20hb (Kategori Sekolah Rendah) dan 27hb (Kategori Sekolah Menengah) November 2020 di media sosial dan laman rasmi pertandingan di https://bit.ly/PialaKahootMY2020. Namum, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan pemenang pertandingan secara rasmi di blog Pendidik Digital MY.

Berikut merupakan pemenang bagi kategori Sekolah Rendah dan juga kategori Sekolah Menengah.

Pemenang Kategori Sekolah Rendah

Johan – Pasukan B dari SK (Felda) Redong (JBA7035), Johor

Keputusan Pertandingan Piala Kahoot! Malaysia 2020 (Peringkatan Akhir Sek Ren)Johan

Naib Johan – Pasukan B dari SK Parit Selangor (JBA6025), Johor

Keputusan Pertandingan Piala Kahoot! Malaysia 2020 (Peringkatan Akhir Sek Ren) Naib Johan

Tempat ke-3 – Pasukan B dari SK Taman Tun Aminah (JBA1060), Johor

Keputusan Pertandingan Piala Kahoot! Malaysia 2020 (Peringkatan Akhir Sek Ren)Tempat ke-3

Finalis

Keputusan Pertandingan Piala Kahoot! Malaysia 2020 (Peringkatan Akhir Sek Ren) Finalis

Pemenang Kategori Sekolah Menengah

Johan – Pasukan B dari SMK Tengku Aris Bendahara (JEB2038), Johor

Keputusan Pertandingan Piala Kahoot! Malaysia 2020 (Peringkatan Akhir Sek Men) Johan

Naib Johan – Pasukan A dari SM Sains Hulu Selangor (BEA5067), Selangor

Keputusan Pertandingan Piala Kahoot! Malaysia 2020 (Peringkatan Akhir Sek Men) Naib Johan

Tempat ke-3 – Pasukan A dari SMK St Xavier (PEB1110), Pulau Pinang

Keputusan Pertandingan Piala Kahoot! Malaysia 2020 (Peringkatan Akhir Sek Men) Tempat ke-3

Finalis

Keputusan Pertandingan Piala Kahoot! Malaysia 2020 (Peringkatan Akhir Sek Men) Finalis

Tahniah kepada pasukan yang berjaya dan terima kasih juga di atas penyertaan semua pasukan bertanding. Semoga kita dapat berjumpa lagi di edisi akan datang.

Keputusan Pertandingan Piala Kahoot! Malaysia 2020 - Jumpa di Edisi Akan Datang

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.