Antara fitur Wakelet yang dinanti-nantikan oleh warga pendidik pada tahun ini ialah Reactions atau reaksi. Kini fitur terbaharu ini telah hadir dan sedia digunakan dalam platform atas talian ini.
![Wakelet kini hadir dengan fitur Reactions](https://pendidikdigital.my/wp-content/uploads/2021/02/Wakelet-kini-hadir-dengan-fitur-Reactions.jpg)
Wakelet membolehkan pengguna untuk menyimpan, mengatur dan berkongsi koleksi bahan-bahan dari pelbagai sumber (dari internet atau milik peribadi) secara atas talian dan ianya boleh digunakan secara percuma tanpa had storan.
Dengan adanya fitur Reactions ini dapat meningkatkan lagi engagement rakan guru dan pelajar terhadap koleksi Wakelet anda, di mana mereka boleh memberikan ekspresi emosi mereka dalam bentuk emoji. Expresi emosi ini boleh ditinggalkan pada koleksi Wakelet dan juga pada item-item dalam koleksi tersebut.
![Reactions pada Koleksi Wakelet](https://pendidikdigital.my/wp-content/uploads/2021/02/Reactions-pada-Koleksi-Wakelet.jpg)
![Reactions pada item dalam Koleksi Wakelet](https://pendidikdigital.my/wp-content/uploads/2021/02/Reactions-pada-item-dalam-Koleksi-Wakelet.jpg)
Reactions boleh digunakan untuk pelbagai tujuan bergantung kepada kreativiti kita sebagai pendidik.
Antara kegunaan Reactions adalah seperti yang ditunjukkan dalam grafik di bawah.
![Kegunaan Reactions dalam Wakelet](https://pendidikdigital.my/wp-content/uploads/2021/02/Kegunaan-Reactions-dalam-Wakelet.jpg)
Diharapkan dengan hadirnya fitur Reactions, dapat merancakkan lagi penggunaan Wakelet dalam kalangan warga pendidik dan pelajar.
Jom sertai Komuniti Wakelet Malaysia
![Jom Sertai FB Group Wakelet Malaysia](https://pendidikdigital.my/wp-content/uploads/2020/08/Jom-Sertai-FB-Group-Wakelet-Malaysia-1024x537.jpg)
Pihak Wakelet dengan kerjasama duta-duta Wakelet Malaysia telah menubuhkan FB group rasmi Wakelet Malaysia pada awal bulan Julai 2020. Kini bilangan ahli telah mencecah angka 1,000 orang!
Antara tujuan penubuhan adalah untuk mewujudkan medium khas kepada warga pendidik Malaysia untuk berkongsi idea, mengemukakan soalan, dan mendapatkan maklum balas yang berguna mengenai penggunaan Wakelet di bilik darjah.
Kepada anda yang belum sertai kami, kami sangat mengalu-alukan kehadiran anda sebagai sebahagian daripada komuniti Wakelet Malaysia di https://www.facebook.com/groups/wakeletmalaysia/.