rero Educators Conference 2019

RERO Educators Conference 2020 atau Persidangan Pendidik RERO 2020 akan berlangsung pada pertengahan bulan ini. Tahun ini merupakan tahun kedua persidangan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh rero EDUteam, Cytron Technologies.

rero Educators Conference 2019
Gambar berkumpulan peserta bersama rero EDUteam, Cytron Technologies di rero Educators Conference 2019

Pada tahun lepas, buat julung-julung kalinya persidangan ini telah diadakan, iaitu pada 23hb Februari 2019, bertempat di Sekolah Seri Suria. Persidangan tersebut telah menerima kehadiran lebih 60 orang warga pendidik dari seluruh negara.

Apa yang menarik tentang RERO Educators Conference 2020?

Penganjuran persidangan ini sebenarnya memberi ruang kepada peserta untuk berkongsi pengalaman dan juga bersama-sama meneroka idea-idea untuk berkolaborasi sesama warga pendidik.

Pikabot - Maker UNO Smart Car Kit
Peserta akan berpeluang untuk membina robot Pikabot

Peserta juga diberi peluang untuk membina robot menggunakan “PikaBot – Maker UNO Smart Car Kit” melalui sesi bengkel pada hari persidangan, kemudian diikuti dengan pertandingan mini RAC (edisi khas untuk guru).

rero Outreach Campaign 2020
Kempen rero Outreach akan diteruskan untuk tahun 2020

Persidangan ini juga akan menyaksikan pelancaran program tahunan RERO iaitu kempen RERO Outreach bagi tahun 2020.

Objektif utama penganjuran persidangan ini adalah untuk menyediakan warga pendidik dengan pengetahuan robotik dan pengekodan dengan sokongan sumber dan pengalaman daripada rero EDUteam. Yakni warga pendidik ini akan berkongsi pengetahuan robotik dan pengekodan dalam kalangan kenalan warga pendidik mereka.

Bila dan di mana ia akan diadakan?

Bagi edisi kedua, persidangan ini akan berlangsung pada 17hb Februari 2020 (Isnin) dari pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang, bertempat di Nilai University, Negeri Sembilan.

Siapa boleh menyertainya?

Persidangan ini terbuka kepada warga pendidik dan jurulatih (trainer) yang aktif dengan program robotik dan pengekodan anjuran rero EDUteam, di mana keutamaan diberi kepada guru yang berhasrat untuk membuka kelab robotik di sekolah atau menganjurkan pertandingan di peringkat sekolah atau daerah. Namun begitu, penyertaan telahpun ditutup pada 31hb Januari lepas.

Nota kaki: Syabas kepada rero EDUteam di atas inisiatif dan usaha murni untuk membawa robotik dan pengekodan kepada warga pendidik dan pelajar di seluruh negara. Kita jumpa di sana. Terima kasih di atas undangan.

Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.