Persidangan Pendidikan Leaps of Knowledge 2021 akan menemui warga pendidik di Malaysia bermula bulan Mac ini! Diberi judul The HEART Series, persidangan yang mengandungi lima episod ini akan berlangsung secara maya dalam lima acara berasingan. Episode H akan membuka tirai pada 3hb Mac 2021.
Leaps of Knowledge: The HEART Series is a collection of five episodes released in five events featuring contextual topics in the themes of FrogAsia’s core values: H, E, A, R and T respectively.
Empat episod lagi – Episode E, A, R dan T akan menemui warga pendidik masing-masing pada bulan Mei, Julai, September dan November 2021 nanti.
Episode H akan berlangsung pada 3hb Mac 2021 dari jam 2.30 petang hingga 5.30 petang dan menampilkan tokoh-tokoh pendidikan termasuklah Andreas Schleicher dari OCED, Karen Wong dari Kindity School, Kiran Bir Sethi dari The Riverside School, Datin Kathleen Chew dari YTL Foundation, Lou Yeoh dari Frogasia dan ramai lagi.
Di samping itu, sesi eksklusif MasterClass bersama Professor Fernando M. Reimers dari Harvard University akan diadakan secara langsung pada jam 8.30 malam. Sesi bengkel ini turut diserikan dengan kehadiran ahli panel iaitu Elisa Guerra, Datin Kathleen Chew, Cheryl Fernando dan Samuel Isaiah. Tempat adalah terhad untuk bengkel ini dan pendaftaran untuk bengkel ini hanya dibuka sehingga 15 Februari atau sehingga tempat penuh.
Jom sertai Leaps of Knowledge 2021 Episode H
Pendaftaran adalah percuma dan boleh dilakukan di laman rasmi Leaps of Knowledge 2021 di https://www.leapsofknowledge.com/.
Klik pada butang ‘Register Now‘ di halaman utama Leaps of Knowledge 2021. Kemudian masukkan butiran yang diperlukan dalam borang yang tertera. Anda boleh masukkan juga kod LEAPS21H51 di ruangan Referral Code.
Selepas selesai pendaftaran, anda boleh log masuk akaun anda di https://www.leapsofknowledge.com/login dengan menggunakan alamat emel dan kata laluan yang telah diisi semasa pendaftaran. Anda boleh mengakses siaran langsung Episode H, agenda persidangan dan mendaftar minat untuk menyertai sesi bengkel MasterClass.
Anda akan menerima sijil penyertaan apabila menghadiri Persidangan Leaps of Knowledge 2021 Episode H secara langsung. Sijil penyertaan yang berasingan akan diberi apabila anda juga menyertai sesi bengkel MasterClass.