Jemputan ke Rero Educators Conference 2021

RERO Educators Conference kembali lagi untuk edisi ke-3 bagi tahun 2021! Persidangan pendidikan yang menghimpunkan warga pendidik yang bergiat aktif dalam bidang STEM, khususnya berkaitan dengan robotik dan pengekodan ini, akan berlangsung secara maya pada 27 Februari ini.

Jemputan ke Rero Educators Conference 2021
Kredit gambar: Cytron

Baca juga – Sekitar RERO Educators Conference 2020

Persidangan pendidikan ini akan membuka tirai pada jam 9.00 pagi dan dijangka tamat pada jam 5.00 petang.

Antara agenda utama persidangan ini termasuklah taklimat pertandingan RAC2021, bengkel asas bagi rero:micro, PikaBot dan rero Robot, pengenalan kepada program pensijilan EDU:BIT dan juga sesi Training-of-Trainer (TOT) kepada warga pendidik.

Berikut merupakan tentatif penuh bagi persidangan ini.

Rero Educators Conference 2021 - Tentatif Program

Pendaftaran adalah percuma dan hanya dibuka kepada warga pendidik dan juga rakan trainers. Cikgu yang berminat boleh mendaftar di halaman rasmi RAC2021: http://www.rero.io/rac2021.

Rero Educators Conference 2021 - T-shirt
Kredit gambar: Cytron

Cikgu juga boleh mendapatkan t-shirt rasmi persidangan pada harga RM 30 sahaja atau percuma (sementara stok masih ada) jika cikgu merupakan seorang rero Certified Instructor atau guru pembimbing bagi pasukan bertanding di RAC’16 – RAC2020.Β 

Tempahan/penebusan t-shirt boleh dilakukan melalui borang pendaftaran persidangan dan akan ditutup pada 19 Februari 2021.

Ayuh, kita jumpa di RERO Educators Conference (secara maya) pada 27 Februari nanti!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.