Berita baik buat warga pendidik! RERO Educators Conference kembali lagi untuk edisi ke-4 dan akan menemui anda semasa cuti sekolah ini!

RERO Educators Conference 2022 - Poster
Kredit gambar: Cytron

RERO Educators Conference 2022 ini menghimpunkan warga pendidik yang bergiat aktif dalam bidang STEM, khususnya berkaitan dengan robotik dan pengekodan. Dibawakan khas oleh RERO EDU team dari Cytron Technologies, persidangan pendidikan akan berlangsung secara maya selama 3 hari dari 28 Februari sehingga 2 Mac 2022. Untuk pengetahuan, edisi sebelumnya hanya berlangsung selama sehari.

Antara agenda utama persidangan ini termasuklah sesi taklimat pertandingan dan soal jawab mengenai RAC2022 (pertandingan robotik dan pengekodan tahunan), taklimat & bengkel bagi program pensijilan EDU:BIT dan ZOOM:BIT dan juga bengkel asas bagi rero:micro, PikaBot, micro:bit QSK dan Maker UNO RBT T5.

Berikut merupakan tentatif penuh bagi persidangan ini.

RERO Educators Conference 2022 - Tentatif Persidangan
Kredit gambar: Cytron

Pendaftaran adalah percuma untuk semua warga pendidik dan juga rakan trainers. yang berminat. Sila layari https://www.rero.io/registration untuk maklumat lanjut dan untuk mendaftar.

Jangan lupa pertemuan kita (secara maya) di RERO Educators Conference 2022 nanti! ๐Ÿ™‚

Tambahan: Kalendar penuh RERO 2022

Kalendar RERO 2022

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.