Program Kahoot! EDU Support

Jika ramai yang masih ingat, Kahoot! pernah menawarkan akses percuma kepada pelan Premium pada Mac 2020 iaitu pada ketika dunia mula dilanda pandemik Covid-19. Kini, platform pembelajaran berasaskan permainan kembali lagi dengan tawaran akses percuma bagi salah satu pelan berbayarnya.

Program Kahoot! EDU Support
Kredit: Kahoot</>

Melalui program Kahoot! EDU Support, kini warga pendidik berpeluang untuk menikmati akses percuma kepada pelan EDU selama 60 hari. Pelan ini adalah berharga $12 (lebih kurang RM 50) bagi langganan sebulan atauย  $144 (lebih kurang RM 600) setahun.

Pelan EDU hadir dengan pelbagai fitur menarik termasuklah:

  • Menghubungkan semua guru di sekolah/daerah anda dalam platform Kahoot!
  • Menghasilkan pembelajaran kolaboratif yang boleh dikongsi antara semua guru dalam organisasi anda.
  • Akses kepada kandungan sedia ada yang dihasilkan oleh Verified educators, rakan kongsi premium dan komuniti pendidik global.
  • Akses kepada private team space dengan bilangan kumpulan tanpa had untuk guru berkongsi kandungan dan rancangan pengajaran mereka.
  • Hubungi pakar Kahoot! semasa waktu pejabat langsung mingguan dan dapatkan sumber eksklusif untuk menjadikan proses onboarding guru berjalan dengan lancar dan pantas.

Bagaimana untuk mendapatkan Kahoot! EDU secara percuma?

Tawaran percuma Kahoot! EDU ini adalah sah sehingga bulan Mac 2022 dan dibuka kepada semua sekolah di seluruh dunia.ย  Untuk mengaktifkan akaun Kahoot! EDU untuk sekolah, perlu diingatkan pendaftaran hanya boleh dilakukan oleh sama ada pentadbir sekolah atau guru ICT.

Langkah 1: Layari pautan https://kahoot.com/schools/hey-school-admins/. Lengkapkan maklumat pendaftaran dan klik pada butang Start Free Trial.

Akses Percuma Kahoot! EDU selama 60 Hari - Langkah 1

Langkah 2: Apabila maklumat pendaftaran telah dihantar, proses naik taraf kepada pelan EDU akan berjalan serta merta.

Akses Percuma Kahoot! EDU selama 60 Hari - Langkah 2

Langkah 3: Setelah proses naik taraf selesai, pentadbir sekolah/guru ICT boleh mula menambahkan guru dan maklumat sekolah ke dalam akaun Kahoot! EDU.

Akses Percuma Kahoot! EDU selama 60 Hari - Langkah 3

Apa yang akan berlaku selepas akaun EDU tamat tempoh?

Setelah tempoh penggunaan Kahoot! EDU tamat selepas 60 hari, status akaun Kahoot! anda akan kembali kepada Basic.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.