DELIMa Certified Training Programme - GCE Level 1 & Level 2

Berita baik buat warga pendidik! Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Google Malaysia sedang mengagihkan baucar percuma kepada guru yang ingin menduduki peperiksaan bagi pengiktirafan Google Certified Educator (GCE) Level 1 dan Level 2.

DELIMa Certified Training Programme - GCE Level 1 & Level 2
Kredit: DCTP

Jika sebelum ini cikgu perlu membayar $10 (lebih kurang RM 40) untuk menduduki peperiksaan GCE Level 1 dan $25 (lebih kurang RM 100) untuk Level 2, kini cikgu boleh mendapatkan baucar peperiksaan GCE dengan percuma dengan mengikuti 6 langkah mudah yang telah dinyatakan dalam portal DELIMa.

GCE Level 1 dan Level 2

Kursus terperinci bagi membolehkan guru mendapatkan pengiktirafan tersebut juga telah disediakan di dalam lamanย DELIMa Certified Training Programme di pautan https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/delimagce/utama.

DELIMa Certified Training Programme - Kursus GCE Level 1 & Level 2

Penerangan lebih lanjut boleh didapati juga dari video di bawah.

Pengagihan baucar ini adalah terhad dan akan berakhir pada 30 Jun 2022.ย  Maka, jangan lepaskan peluang keemasan untuk mengambil peperiksaan GCE Level 1 dan Level 2 secara percuma!

Semoga berjaya!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.