Peningkatan kompetensi guru merupakan antara elemen penting dalam memastikan pendidikan berkualiti dapat disampaikan kepada murid. Selain penguasaan isi kandungan dan pedagogi, guru juga harus mampu memanfaatkan teknologi untuk mengembangkan kompetensi warga pendidik.

Wakelet merupakan satu aplikasi percuma atas talian yang membolehkan guru dan murid untuk menyimpan, menyusun, dan berkongsi bahan dari pelbagai sumber dari internet (dan juga dari komputer). Guru boleh menghasilkan portfolio digital, buku cerita digital, surat berita (newsletter), ruangan simpanan bahan pengajaran dan hasil kerja murid, ruangan perbincangan kelas, ruangan kolaborasi bersama guru dan murid, serta banyak lagi.
Baca juga – Apa yang menarik tentang Wakelet?
Saban hari, pelbagai program pensijilan yang ditawarkan kepada warga pendidik dari jenama pendidikan terkemuka seperti Microsoft, Google, Apple dan sebagainya. Wakelet juga tidak ketinggalan dengan memperkenalkan program pensijilan Wakelet Certified sejak bulan Oktober 2021.
Program ini adalah percuma dan bertujuan untuk menambah pengetahuan dan penguasaan guru dalam penggunaan aplikasi Wakelet. Guru yang berminat boleh mengikuti program ini di pautan https://wakelet.com/@wakeletcertifiedcourse.
Setelah selesai mengikuti lima topik kursus secara pembelajaran kendiri, guru boleh teruskan dengan mengambil ujian. Pencapaian skor markah 80% dan ke atas (43/54 soalan) akan melayakkan guru untuk dianugerahkan sijil dan lencana digital Wakelet Certified.

Jom bergelar Wakelet Certified pada hari ini juga!