Hari ini admin ingin membawa kepada pengetahuan para pembaca tentang program Cytron for Cikgu, iaitu satu program khas yang boleh disertai oleh warga pendidik di mana cikgu dapat menikmati pelbagai keistimewaan apabila membuat pembelian di Cytron Marketplace.
Cytron Marketplace menghimpunkan pelbagai produk (pada harga yang berpatutan) yang dapat membantu warga pendidik dan pelajar dengan projek eletronik pintar dan robotik. Antara produk yang boleh didapati ialah kit robotik rero, Maker UNO, Raspberry Pi 4, rero:micro, dan yang terbaharu ialah Maker UNO X.
Sebenarnya program Cytron for Cikgu ini telah mula diperkenalkan sejak tahun 2018 lagi dan terbuka kepada semua guru di Malaysia.
Apa keistimewaan program Cytron for Cikgu ini?
Dengan menyertai program ini, cikgu akan menikmati pelbagai keistimewaan. Antaranya ialah:

- Penghantaran percuma untuk sebarang pembelian di Cytron Marketplace.
- Memperoleh harga istimewa (insider price) bagi pembelian di Cytron Marketplace.
- Diskaun tambahan (10%) bagi produk-produk Cytron yang terpilih (https://my.cytron.io/cytron)menggunakan kod koupon.
- Menikmati pulangan tunai (cashback) sebanyak 3%.
- Maklumat tentang tawaran dan promosi terkini di Cytron Marketplace.
- Informasi terkini mengenai latihan, seminar dan bengkel.
Bagaimana untuk mendaftar?
Pendaftaran adalah percuma dengan keahlian seumur hidup.
- Sebelum cikgu membuat permohonan, pastikan cikgu telah memiliki akaun Cytron. Jika belum, cikgu boleh membuat pendaftaran akaun baharu Cytron terlebih dahulu di https://my.cytron.io/register.
- Isi borang permohonan di .
- Sertai juga FB group Cytron for Cikgu di .
- Tunggu permohonan cikgu diproses. Biasanya akan mengambil masa antara dua dan tiga hari bekerja
Cikgu akan menerima emel memaklumkan bahawa permohonan cikgu telah diluluskan. Kod koupon (diskaun 10%) juga didapati dalam emel tersebut.
Apabila cikgu log masuk ke akaun Cytron Marketplace, status “Teacher” akan jelas kelihatan pada sebelah atas kanan halaman Cytron Marketplace.
Setiap kali cikgu membuat pembelian, pastikan cikgu ingat untuk memasukkan kod koupon untuk menikmati diskaun 10% sebelum membuat pembayaran. Kod koupon tersebut boleh digunakan berulang kali.
Untuk maklumat lanjut mengenai program Cytron for Cikgu, cikgu boleh melayari pautan ini: https://my.cytron.io/cytron-for-cikgu-program