Edisi kedua RERO Educators Conference akan berlangsung pada 17hb Februari ini bertempat di Nilai University, Negeri Sembilan. Di persidangan ini juga akan menyaksikan rero EDUteam melancarkan program tahunan mereka iaitu kempen RERO Outreach bagi tahun 2020.
Kempen RERO Outreach 2020 akan mula menemui warga pendidik RERO Negeri Sembilan dan Melaka di Nilai University pada 18hb Februari sebelum “menjelajah” ke negeri-negeri lain di seluruh negara dari bulan Februari hingga April 2020.
Dalam kempen ini, peserta akan diberi taklimat ringkas mengenai pertandingan RERO Annual Championship (RAC) 2020. Sesi bengkel percuma juga diberi kepada guru untuk membiasakan diri dengan produk RERO yang digunakan untuk pertandingan.
Cikgu yang berminat boleh mendaftar (percuma) untuk mengikuti taklimat ringkas dan bengkel ini di pautan ini: https://www.rero.io/rac2020.
Berikut merupakan jadual lengkap kempen RERO Outreach 2020.

Selepas taklimat ringkas dan bengkel menutup tirai, pertandingan RAC2020 peringkat negeri akan berlangsung dari bulan Jun hingga Ogos di 11 lokasi di seluruh negara, manakala pertandingan peringkat kebangsaan akan diadakan pada bulan Ogos (Arduino Maker UNO Challenge dan Build Your Own Robot Challenge) dan Oktober 2020 (Live Coding Challenge with rero:micro and Live Coding Challenge with rero Jr), masing-masing bertempat di Asia Pacific University dan Nilai University.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen RERO Outreach dan RAC2020, cikgu boleh layari pautan ini: https://www.rero.io/rac2020.
Comments