Cikgu Get Certified - Edpuzzle

Minggu lepas, admin telah memulakan penulisan siri Cikgu Get Certified dengan memperkenalkan program Kahoot! Certified kepada guru. Matlamat siri ini adalah untuk membawa kepada pengetahuan warga pendidik mengenai program pembangunan profesionalisme guru yang boleh disertai di atas talian.

Edpuzzle - Halaman Utama

Bagi siri kedua, kita akan mengalih kepada program Edpuzzle Certified. Jika cikgu sedang atau berminat untuk menggunakan pendekatan pembelajaran flipped classroom (sedia awal) dalam PdPc, maka platform atas talian ini wajar cikgu cuba dengan pelajar.

Apa itu Edpuzzle?

Diasaskan pada tahun 2013, Edpuzzle (https://edpuzzle.com/) merupakan satu platform video atas talian yang memudahkan guru untuk melaksanakan pendekatan flipped classroom dalam PdPc. Platform ini membolehkan guru untuk menggunakan video sebagai bahan pembelajaran, di mana pelajar akan menonton dan berinteraksi dengan video yang guru beri, dengan mudah.

Edpuzzle - Platfrom Video untuk Flipped Classroom

Dalam Edpuzzle, cikgu boleh mendapatkan video PdPc daripada pelbagai sumber termasuklah daripada Edpuzzle sendiri, Youtube, Khan Academy, National Geographic dan banyak lagi. Sumber video ini boleh diakses terus melalui laman Edpuzzle.

Edpuzzle - Bahan Video Sedia Ada

Guru boleh juga memasang (install) extension Edpuzzle dalam pelayar web Google Chrome, di mana satu butang “Edit with edpuzzle” akan ditambah pada halaman video Youtube. Klik pada butang tersebut untuk menambah video Youtube ke dalam akaun Edpuzzle cikgu.

Edpuzzle - Dapatkan Video Youtube

Apabila cikgu telah memilih video yang sesuai dengan PdPc, cikgu boleh memasukkan elemen interaktif ke dalam video tersebut. Ini termasuklah soalan kuiz, komen, dan juga voiceover dalam video, kemudian beri (assign) kepada pelajar sebagai aktiviti flipped classroom. Pelajar akan akses akaun Edpuzzle mereka, kemudian menonton dan berinteraksi dengan video tersebut.

Oh ya, Edpuzzle juga boleh diintegrasikan dengan Google Classroom, dan boleh embed ke dalam blog/laman web, seperti contoh di bawah ini. (Cubalah tonton dan jawab soalan dalam video tersebut.)

Program Edpuzzle Certified

Sama seperti dengan Kahoot!, Edpuzzle juga menyediakan program percuma untuk pembangunan profesionalisme guru di pautan http://bit.ly/edpuzzlecertified.

Program Edpuzzle Certified

Setakat hari ini, terdapat sembilan belas (19) kursus yang ditawarkan.

Cikgu Get Certified - Edpuzzle

  • Edpuzzle Level 1
  • Edpuzzle Level 2
  • Edpuzzle Coach
  • Edpuzzle Flipped
  • Gamification in Class
  • Project-based Learning
  • Google Tools
  • Privacy & Security
  • Planning Certification
  • Execution Certification
  • Big Goals Certification
  • Diversity & Inclusion Certification
  • Student Hero Certification
  • 21st -Century Learning
  • Schoology Certification
  • Canvas Certification
  • Google Classroom Certification
  • Tech Integration
  • Personalized Learning

Setiap kursus mengandungi beberapa modul video pembelajaran, di mana setiap video pembelajaran disertakan soalan-soalan untuk dijawab berdasarkan kandungan video. Setiap modul video pembelajaran boleh diakses menggunakan kod kelas yang diberi.

Program Edpuzzle Certified - Level 1

Untuk memulakan setiap kursus, cikgu perlu daftarkan maklumat akaun Edpuzzle cikgu dan akan diberikan kod kelas. Jika cikgu belum mempunyai akaun Edpuzzle, cikgu boleh daftarkan satu akaun baharu di Edpuzzle. Ianya adalah percuma.

Program Edpuzzle Certified - Level 1 (Kod Kelas)

Setelah tamat setiap kursus, cikgu akan menerima sijil pengiktirafan dan lencana digital. Selamat mencuba program Edpuzzle Certified.

Jika terdapat sebarang persoalan atau komen, sila tinggalkannya di ruangan komen di bawah.

Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.