Cikgu Get Certified - Screencastify

Pada siri Cikgu Get Certified yang lepas, cikgu telah diberi pendedahan kepada program Kahoot! Certified dan Edpuzzle Certified. Sebenarnya penyertaan cikgu dalam program Pembangunan Profesionalisme Guru ini bukan semata-mata untuk mengumpul sijil pengiktirafan, lencana digital atau memperoleh mata kredit melalui SPL KPM, tetapi juga memberi cikgu satu platform pembelajaran atas talian yang dapat menyediakan cikgu ke arah pengintegrasian teknologi dalam pembelajaran di bilik darjah.

Screencastify - Halaman Utama

Baik, bagi entri hari ini, admin akan berkongsi tentang program Screencastify Certified pula. Jika cikgu berminat untuk menghasilkan rakaman video pembelajaran sama ada untuk pelajar atau rakan guru, maka Screencastify dapat membantu, dengan syarat cikgu mempunyai pelayar web Google Chrome di komputer atau laptop.

Apa itu Screencastify?

Screencastify (https://www.screencastify.com/) merupakan perakam layar yang terdapat dalam bentuk extension (dapatkan di Chrome Store) bagi pelayar web Google Chrome. Walaupun hanya merupakan sebuah extension Chrome, Screencastify bukan sahaja dapat merakam skrin tab di pelayar Chrome cikgu, tetapi juga hadir dengan fungsi untuk merakam skrin komputer,  merekod webcam dan juga rakaman 2-dalam-1 (fungsi embed webcam), iaitu skrin tab/komputer + webcam.

Screencastify - Extension Google Chrome

Video yang sedang dirakam boleh dianotasi (annotate) dengan alat melukis (drawing tools). Kemudian, selepas video telah selesai dirakam, video boleh disunting (edit), dan dikongsi dengan mudah ke Google Classroom, Youtube dan boleh diembed ke dalam blog/laman web. Video juga boleh dimuat turun dalam format MP4, MP3 (audio sahaja) atau animasi GIF.

Screencastify - Video boleh dianotasi, disunting dan dikongsi dengan mudah

Adalah disyorkan bagi cikgu untuk membenarkan semua video yang dirakam disimpan di simpanan awan Google Drive. Bagi akaun percuma, durasi video yang boleh dirakam adalah terhad kepada lima minit sahaja.

Program Screencastify Certified

Program Screencastify Certified boleh disertai oleh warga pendidik secara percuma di pautan http://bit.ly/sc-certified.

Program Screencastify Certified

Setakat hari ini, terdapat hanya tiga (3) kursus yang ditawarkan.

Cikgu Get Certified - Screencastify

  • Master the Screencast
  • Genius!
  • Master the Screencast Jr. (khas untuk pelajar) – pelajar juga boleh mencipta kandungan video sendiri.

Setiap kursus mengandungi video pembelajaran yang dibahagikan kepada beberapa seksyen.

Program Edpuzzle Certified - Master the Screencast

Di akhir setiap kursus, cikgu akan diberi soalan kuiz (dalam Google Form). Untuk lulus kursus Master the Screencast dan Genius!, cikgu perlu mendapat skor 90% dan ke atas. Juga, cikgu perlu merakam video menggunakan Screencastify berdurasi antara 30 hingga 60 saat menerangkan tentang (a) cara bagaimana cikgu akan menggunakan aplikasi tangkap layar ini dalam bilik darjah (Master the Screencast), dan (b) mengintegrasikan Screencastify dengan aplikasi Google dalam bilik darjah (Genius!).

Program Screencastify Certified - Rakaman Mengenai Cara Menggunakan Aplikasi Tangkap Layar dalam Bilik Darjah

Setelah tamat setiap kursus, cikgu akan menerima sijil pengiktirafan dan lencana digital di peti masuk emel. Selamat mencuba program Screencastify Certified.

Jika terdapat sebarang persoalan atau komen, sila tinggalkannya di ruangan komen di bawah.

Nota kaki: untuk mengakses sumber tambahan mengenai Screencastify boleh layari pautan ini: https://www.screencastify.com/education/resources.

Comments

  1. Salam.. Macam mana nak dapat sijil webinar yang telah diikuti.. Dah isi google form tapi masih belum dapat sijil..

    1. Salam sejahtera, Cikgu. Jika webinar yang cikgu sertai merupakan webinar Fasa 1 dan 2 kami, cikgu boleh semak mel masuk (inbox) cikgu atau cari dalam folder spam.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.