Kempen RERO Outreach 2020 di Johor

Kempen RERO Outreach 2020 telah menemui warga pendidik RERO di negeri Johor pada 24hb Februari (Isnin) yang lepas. Bertempat di Kolej Vokasional (KV) Batu Pahat, Johor merupakan destinasi kedua dalam kalendar jelajah rero EDUteam ini.

Kempen RERO Outreach 2020 di Johor
Seramai 22 orang guru Johor telah menghadiri sesi taklimat RAC2020

Taklimat Pertandingan RAC2020

Pengisian utama kempen ini adalah sesi taklimat pertandingan RERO Annual Championship (RAC) 2020, yang telah disampaikan oleh Pn. Cheryl Ng dari rero EDUteam.

Sesi Taklimat RAC2020 oleh Cheryl Ng

Dalam sesi taklimat ini, Pn. Cheryl telah menyentuh mengenai garis panduan untuk menyertai pertandingan, kategori yang dipertandingkan dan juga format pertandingan RAC2020 bagi peringkat negeri dan kebangsaan.

Sesi Taklimat RAC2020 - Panduan Pertandingan

Empat (4) kategori yang dipertandingkan, iaitu:

  • Live Coding Challenge with rero:micro – Rendah dan Menengah
  • Live Coding Challenge with rero Jr – Rendah dan Menengah
  • Build Your Own Robot Challenge – Menengah (Peringkat Kebangsaan sahaja)
  • PikaBot-Maker UNO Challenge – Terbuka (Peringkat Kebangsaan sahaja)

Pecahan markah bagi semua kategori merangkumi 30% daripada cabaran individu, manakala cabaran kumpulan menyumbang 70%.

Sesi Taklimat RAC2020 - Format Pertandingan (Cabaran Individu)

Sesi Taklimat RAC2020 - Format Pertandingan (Cabaran Kumpulan))

Juga diberi penjelasan ialah cara penentuan anugerah (Emas, Perak dan Gangsa) bagi pasukan yang bertanding, dan juga penentuan bilangan pasukan yang layak ke peringkat kebangsaan bagi setiap negeri.

Sesi Taklimat RAC2020 - Kedudukan dan Pingat

Pn. Cheryl menjelaskan bahawa pingat akan disediakan kepada pemenang pertama, kedua dan ketiga bagi setiap kategori, dan juga memaklumkan bahawa sekurangnya terdapat tiga wakil pasukan dari setiap negeri akan bertanding di peringkat kebangsaan. Bagi setiap 15 pasukan yang menyertai pertandingan peringkat negeri, akan mendapat kuota sebanyak 3 slot ke peringkat kebangsaan.

Sesi Taklimat RAC2020 - Penentuan Bilangan Pasukan Layak ke Kebangsaan

Contohnya, jika negeri Johor mempunyai 45 (15+15+15) pasukan bertanding di peringkat negeri bagi sesebuah kategori, maka 9 (3+3+3) pasukan teratas layak untuk bertanding bagi kategori tersebut di peringkat kebangsaan.

Berikut merupakan tentatif bagi pertandingan peringkat negeri. Pertandingan RAC2020 peringkat negeri Johor akan berlangsung pada 6hb (Isnin) dan 7hb Julai 2020 (Selasa), bertempat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat.

Sesi Taklimat RAC2020 - Tentatif Pertandingan (Negeri)

Bengkel rero:micro

Selain sesi taklimat, sesi bengkel percuma juga diberi kepada guru, di mana guru telah berpeluang untuk mencuba kit pembelajaran rero:micro. Kit yang berharga RM 450 ini digunakan untuk pertandingan Live Coding Challenge with rero:micro.

Kempen RERO Outreach 2020 (Johor) - Sesi Bengkel rero micro

Pada pendapat admin, kit rero:micro yang berasaskan micro:bit ini adalah sangat sesuai untuk memupuk minat kanak-kanak untuk mendekati robotik dan koding. Koding adalah berasaskan blok dan boleh dibuat secara atas talian di https://makecode.microbit.org/. Yang bestnya ialah koding juga boleh dibuat walaupun tanpa capaian internet, dengan syarat cache pelayar web tidak dipadam.

Jom Daftar Pertandingan RAC2020

Sekolah yang berminat untuk menghantar pasukan ke pertandingan RAC2020 boleh melakukan pendaftaran secara atas talian di pautan ini: https://www.rero.io/rac2020. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31hb Mei 2020.

Jadual lengkap Kempen RERO Outreach dan RAC2020 (Terkini)
Sila klik untuk paparan penuh.

Pertandingan RAC2020 peringkat negeri akan berlangsung dari bulan Jun hingga Ogos di 11 lokasi di seluruh negara, manakala pertandingan peringkat kebangsaan akan diadakan pada bulan Ogos (PikaBot-Maker UNO Challenge dan Build Your Own Robot Challenge) dan Oktober 2020 (Live Coding Challenge with rero:micro and Live Coding Challenge with rero Jr), masing-masing bertempat di Asia Pacific University dan Nilai University.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen RERO Outreach dan RAC2020, cikgu boleh layari pautan ini: https://www.rero.io/rac2020.

Nota kaki: Terima kasih kepada tuan rumah (KV Batu Pahat), terutamanya TS Haji Zulkiflee Bin Abdul Rahman (Pengarah) dan Cikgu Mohd Rohaize Bin Ahmad, di atas layanan yang begitu baik kepada para peserta.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.