Wakil MIEE Malaysia ke E2 2020 Sydney, Australia

Pada 21hb Februari yang lepas, admin bersama dengan isteri telah berpeluang untuk menyertai Night of the Stars Gala Dinner, yang telah berlangsung di Aloft Hotel, Kuala Lumpur Sentral.

Night of the Stars Microsoft Malaysia

Majlis pengiktirafan anjuran Microsoft Malaysia ini adalah bertujuan untuk meraikan wakil guru Malaysia yang telah terpilih ke program Microsoft Educator Exchange (E2) 2020.

Program E2 2020 di Sydney, Australia
Memasuki tahun keenam penganjuran, program E2 2020 ini akan diadakan di Sydney, Australia dari 23hb hingga 26hb Mac, 2020 / Kredit gambar: Microsoft Education

E2 merupakan program tahunan Microsoft Education yang menjadi tempat berkumpul bagi Microsoft Innovative Educator Expert (MIEE) dari seluruh dunia, di mana peserta berpeluang untuk bertukar idea, berkolaborasi dan mencari penyelesaian kepada masalah pembelajaran di bilik darjah, dengan bantuan teknologi.

Tahniah kepada wakil guru Malaysia ke E2 2020

Sekalung tahniah kepada semua pemenang ke program E2 2020.

Wakil MIEE Malaysia ke E2 2020 Sydney, Australia

Tujuh (7) orang MIEE yang akan membawa nama Malaysia ke Sydney, Australia ialah:

  • Cikgu Abu Rahman Ali Bashah (Cikgu Aman), SMK Jenjarom, Selangor.
  • Cikgu Julie Mozianda Ahamat, SMK Kuala Perlis, Perlis.
  • Cikgu Andi Farah Bongkasa, MRSM Kota Kinabalu, Sabah.
  • Cikgu Siti Nabilah Kasdi, SMK Taman Sutera, Johor.
  • Cikgu Shamimi Shamsuddin, MRSM Bentong, Pahang.
  • Cikgu Siti Nur Aisah, SMK Hulu Selangor, Selangor.
  • Cikgu Fadzillah Mohd Osman, SK Tiara Permai, Kuala Lumpur.

Rombongan ke E2 2020 juga disertai oleh MIE Fellow, Cikgu Aliff Othman (https://yokunoposigu.wordpress.com/) dari MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens, Sabah. Cikgu Aliff merupakan warga pendidik kedua di Malaysia yang dilantik sebagai MIE Fellow. Tahniah, cikgu!

MIE Fellow - Cikgu Aliff Othman

Turut disampaikan di majlis ini ialah penyampaian sijil MIEE 2019-2020. Lebih manis apabila KPM melalui Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) telah mengiktiraf MIEE sebagai Pengawai Khidmat Bantu, Pengintegrasian Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), KPM bagi tahun 2020.

Penerima MIEE 2019-2020

Sebanyak sembilan (9) sekolah yang menerima anugerah Microsoft Showcase School (MSS) bagi tahun 2020 turut dilantik sebagai Sekolah Contoh Pengintegrasian Teknologi dalam Pendidikan Digital bagi tahun 2020.

Anugerah Microsoft Showcase School

Jom sertai Pusat Pendidik Microsoft

Pusat Pendidik Microsoft (Microsoft Educator Center) menawarkan program pembangunan profesionalisme guru dengan akses kepada pelbagai kursus latihan di atas talian di pautan http://bit.ly/mscertified.

Microsoft Educator Center

Cikgu berpeluang untuk diiktiraf sebagai Microsoft Innovative Educator (MIE) dan dari situ, cikgu boleh meneruskan perjalanan ke arah bergelar sebagai seorang MIE Expert.

Nota kaki: Kehadiran admin dan isteri ke majlis pengiktirafan kali ini adalah sebagai tanda sokongan kepada wakil guru Johor yang terpilih ke program E2 2020. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Cikgu Siti Nabilah. Semoga segalanya berjalan dengan lancar di Sydney, Australia nanti.

Wakil MIEE Johor ke E2 2020 Sydney, Australia
Cikgu Siti Nabilah (lima dari kiri) merupakan salah seorang wakil Malaysia ke program E2 2020 di Sydney, Australia / Kredit gambar: En. Mohd Hairil Fitri B Ja’afar (SSTP Johor)

Comments

    1. Terima kasih, Cikgu. Sokongan cikgu membuatkan kami lebih bersemangat untuk merancang program-program akan datang.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.