Muat Turun Sijil Pengiktirafan di Microsoft Educator Center

Berita baik! Setelah berubah wajah baru-baru ini, sijil-sijil pengiktirafan bagi kursus latihan yang telah diambil oleh cikgu di Pusat Pendidik Microsoft (Microsoft Educator Center) kini sedia untuk diakses dan dimuat turun.

Muat Turun Sijil Pengiktirafan di Microsoft Educator Center

Bagaimana untuk muat turun sijil pengiktirafan?

Ianya adalah mudah sahaja. Sebaik sahaja cikgu berjaya log masuk ke platform Pusat Pendidik Microsoft. Cikgu perlu klik pada ikon gambar profil yang terletak di bahagian atas kanan skrin. Kemudian, pilih “My Profile“.

Muat Turun Sijil Pengiktirafan di Microsoft Educator Center

Sekarang, klik pada pautan “View Details” bagi salah satu kursus latihan yang telah diambil.

Muat Turun Sijil Pengiktirafan di Microsoft Educator Center

Tekan pada butang “View Certificate” untuk mendapat paparan sijil pengiktirafan.

Muat Turun Sijil Pengiktirafan di Microsoft Educator Center

Sijil pengiktirafan boleh disimpan sebagai fail PDF di komputer cikgu atau boleh juga dicetak.

Muat Turun atau Cetak Sijil Pengiktirafan di Microsoft Educator Center

Jom sertai Pusat Pendidik Microsoft

Jika cikgu belum menyertai program pembangunan profesionalisme guru di Pusat Pendidik Microsoft, bolehlah mendaftar di pautan http://bit.ly/mscertified. Microsoft menyediakan akses kepada pelbagai kursus latihan, khas kepada warga pendidik di atas talian.

Microsoft Educator Center

Cikgu berpeluang untuk diiktiraf sebagai Microsoft Innovative Educator (MIE) dan dari situ, cikgu boleh meneruskan perjalanan ke arah bergelar sebagai seorang MIEE.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.