Semua yang perlu anda tahu untuk lulus Kursus Kahoot Bronze

Dalam dua entri sebelum ini, admin telah memperkenalkan program Kahoot! Certified kepada cikgu dan juga menyediakan panduan ringkas untuk memohon sebagai Kahoot! Ambassador. Kali ini, admin akan senaraikan isi-isi penting daripada kandungan kursus Kahoot! Bronze dan diharapkan dapat memberi cikgu keyakinan ketika menjawab ujian Kahoot! Bronze nanti.

Program Kahoot Certified

Kursus Kahoot! Bronze merupakan kursus awal yang perlu cikgu ambil sebelum mengorak langkah kepada kursus seterusnya seperti Silver, Gold dan kursus lanjutan termasuklah Rocketeer, Globetrotter, Master, dan Ace. Jika cikgu mempunyai niat untuk memohon sebagai duta Kahoot! (), maka kursus Bronze, Silver dan Gold perlu diambil dan wajib untuk lulus.

Program Kahoot Certified - Kursus Bronze

Setiap kursus mengandungi beberapa siri video pembelajaran dan juga panduan dalam format PDF yang boleh dimuat turun. Untuk diiktiraf, cikgu perlu mengambil kuiz Kahoot! (mengandungi 10 soalan) menggunakan aplikasi mudah alih Kahoot! di telefon pintar. Game pin boleh diperoleh dengan menekan butang “Get certified now!” pada halaman kursus.

Game Pin Kursus Kahoot! Bronze

Guru yang berjaya memperoleh 80% markah pencapaian, atau menjawab 8 atau lebih soalan (daripada 10 soalan) dengan tepat akan menerima sijil pengiktirafan dan lencana digital (dihantar terus ke peti masuk e-mel cikgu).

Program Kahoot Certified - Sijil Pengiktirafan dan Lencana Digital Bronze

Jikalau cikgu tidak berjaya melepasi ujian, cikgu masih boleh mengambil ujian ulangan pada hari Isnin minggu berikutnya dengan menggunakan game pin yang baharu.

Semua yang perlu anda tahu untuk lulus kursus Kahoot! Bronze

Semua yang perlu anda tahu untuk lulus Kursus Kahoot Bronze
Kredit grafik: Freepik.com

Mari kita lihat terlebih dahulu apakah kriteria yang diuji dalam kursus Kahoot! Bronze. Ianya merangkumi pengetahuan untuk:

  • Menavigasi platform Kahoot! dengan mudah
  • Membuat carian kuiz Kahoot
  • Membuat salinan (duplicate), sunting (edit) dan berkongsi (share) kuiz Kahoot
  • Menganjurkan kuiz Kahoot kepada pelajar

Baiklah, berikut merupakan 11 isi-isi penting yang perlu cikgu ketahui untuk lulus kursus Kahoot! Bronze. Jom baca dan hadam ya.

1. Kahoot! merupakan satu platform pembelajaran berasaskan permainan yang bertujuan untuk mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan dan menarik (fun and engaging).

2. Sosial, Main dan Belajar (Social, Play and Learn) merupakan tiga prinsip utama Kahoot!.

3. Menu utama yang terdapat dalam akaun Kahoot! ialah Home, Discover, Kahoot! dan Reports.

4. Halaman Discover membolehkan cikgu untuk membuat carian kepada puluhan jutaan kuiz Kahoot yang sedia ada.

5. Hasil carian kuiz Kahoot boleh disaring (filter) berdasarkan subjek, gred, kategori pemilik kuiz dan bahasa yang digunakan.

6. Koleksi Kahoot! Studio menghimpunkan kuiz yang dibina oleh pihak Kahoot! sendiri. Ia merangkumi subjek Matematik, ELA (English Language Arts), Sains, Sejarah dan sebagainya.

7. Cikgu boleh membuat salinan, sunting, pra-tonton (preview), padam dan berkongsi kuiz Kahoot dalam halaman Kahoots. Kuiz kahoot juga boleh dimasukkan ke dalam senarai kegemaran (favourite).

8. Semua kuiz yang dibina dan juga yang dibuat salinan adalah disimpan di bahagian My Kahoot! dalam halaman Kahoot!.

9. Dua bentuk jenis soalan yang boleh dibina (bagi akaun percuma) ialah Kuiz (dengan maksimum empat pilihan jawapan) dan Benar atau Palsu (True or False).

10. Soalan berbentuk Puzzle (sebelum ini dikenali sebagai Jumble) membolehkan pelajar untuk menyusun jawapan mengikut ketetapan. *Puzzle hanya didapati dalam akaun Pro dan Premium.

11. Kuiz Kahoot boleh dihos untuk individu (Classic) dan kumpulan (Team Mode), sama ada menggunakan komputer (PC atau laptop) atau peranti mudah alih Android dan iOS.

Jika cikgu telah bersedia, bolehlah menuju ke pautan ini () untuk mengambil kursus Kahoot! Bronze. Semoga berjaya.

Sekian, harap membantu.

Baca juga – Semua yang perlu anda tahu untuk lulus kursus Kahoot! Gold

Baca juga – Semua yang perlu anda tahu untuk lulus kursus Kahoot! Silver

Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.