Pada entri yang lepas, admin telah berkongsi ringkasan intipati kandungan kursus Kahoot! Bronze. Hari ini, admin akan sambung pula dengan kursus Kahoot! Silver.
Kursus Kahoot! Silver merupakan kursus yang kedua bagi kursus asas Kahoot! Certified. Selepas Silver ialah kursus Gold. Ketiga-tiga kursus Bronze, Silver dan Gold adalah wajib untuk diambil dan lulus jika cikgu memasang niat untuk memohon sebagai duta Kahoot! ().
Pautan untuk mengikuti kursus Kahoot! Silver boleh didapati di dalam emel yang dihantar oleh Kahoot! selepas cikgu lulus Kahoot! Bronze.
Semua yang perlu anda tahu untuk lulus kursus Kahoot! Silver

Mari kita lihat terlebih dahulu apakah kriteria yang diuji dalam kursus Kahoot! Silver. Ianya merangkumi pengetahuan untuk:
- Membina kuiz Kahoot yang berkualiti
- Memasukkan elemen multimedia dalam kuiz
- Menggunakan pilihan kuiz yang sedia ada mengikut kesesuaian dan menganjurkan kuiz Kahoot gaya pro
- Mengakses dan menganalisis data dan laporan kuiz
Baiklah, berikut merupakan 11 isi-isi penting yang perlu cikgu ketahui untuk lulus kursus Kahoot! Silver. Jom baca dan hadam ya.
1. Kuiz yang berkualiti mempunyai lima perkara yang berikut: (a) objektif pembelajaran yang ingin dicapai, (b) soalan adalah ringkas dan mudah difahami, (c) pilihan jawapan yang relevan, (d) petunjuk (clue) disertakan dalam gambar atau video, dan (e) soalan kuiz disusun mengikut “flow“.
2. Keterangan (description) kuiz menyokong tanda pagar (hashtag), contohnya #sejarah. Ini memudahkan carian kuiz sendiri di halaman Kahoot! atau oleh pengguna lain di halaman Discover.
3. Elemen multimedia seperti gambar dan video boleh dimasukkan dalam bahagian permulaan kuiz (game lobby) dan juga dalam soalan.
4. Kuiz kahoot boleh ditetapkan untuk tatapan umum (public), peribadi (private), atau tidak disenaraikan (unlisted). Kuiz peribadi boleh dikongsi kepada pengguna lain.
5. Soalan kuiz mempunyai had aksara yang boleh dimasukkan. Kaedah seperti memuatkan tangkap layar teks atau formula sebagai gambar, atau memasukkan satu slaid penerangan soalan sebelum soalan sebenar dipaparkan (terhad untuk akaun Pro atau Premium sahaja), boleh digunakan untuk mengatasi isu ini.
6. Had masa bagi sesuatu soalan boleh ditetapkan antara 5 saat (minimum) hingga 240 saat (maksimum).
7. Answer Streak Bonus memberi mata bonus kepada pelajar apabila mereka menjawab lebih daripada satu soalan dengan tepat secara berterusan.
8. Gunakan 2-Step Join untuk mengelakkan penyertaan kuiz oleh pelajar luar.
9. Jika mengulangi kuiz yang sama kepada pelajar, boleh pilih untuk memaparkan kedudukan pilihan jawapan secara rawak (randomize order of answers).
10. Kuiz kepunyaan sendiri dan orang lain boleh dipratonton (preview).
11. Dalam laporan kuiz (Excel), cikgu boleh melihat pencapaian keseluruhan pelajar dalam tab Overview. Markah setiap pelajar pula boleh dilihat di tab Final Scores atau Kahoot! Summary.
Sekian, harap membantu.
Baca juga – Semua yang perlu anda tahu untuk lulus kursus Kahoot! Bronze
Baca juga – Semua yang perlu anda tahu untuk lulus kursus Kahoot! Gold
Comments