Semua yang perlu anda tahu untuk lulus Kursus Kahoot Gold

Tahniah diucapkan sekiranya cikgu telah berjaya melengkapkan kursus Kahoot! Bronze dan Silver. Jikalau belum, cikgu boleh merujuk kepada panduan yang telah admin sediakan berkenaan Kahoot! Bronze dan Silver (pautan boleh didapati di penghujung entri ini).

Kursus Kahoot! Gold

Baik, kursus Kahoot! Gold merupakan kursus yang ketiga (juga yang terakhir) bagi kursus asas Kahoot! Certified. Sekiranya cikgu berjaya untuk lulus kursus Gold ini, cikgu adalah layak untuk memohon sebagai Kahoot! Ambassador (). Panduan untuk memohon boleh dirujuk dalam entri ini.

Pautan ke Kursus Kahoot! Gold

Untuk mengikuti kursus Kahoot! Gold, dapatkan pautan di dalam emel Kahoot! yang dihantar sejurus cikgu lulus Kahoot! Silver.

Semua yang perlu anda tahu untuk lulus kursus Kahoot! Gold

Semua yang perlu anda tahu untuk lulus Kursus Kahoot Gold
Kredit grafik: Freepik.com

Mari kita lihat terlebih dahulu apakah kriteria yang diuji dalam kursus Kahoot! Gold. Ianya merangkumi pengetahuan untuk:

  • Menggunakan kuiz Kahoot sebagai ujian formatif
  • Menavigasi aplikasi Kahoot! di peranti mudah alih
  • Memberikan kuiz Kahoot sebagai latihan kerja rumah (guna mod Challenge)
  • Membina kuiz Kahoot dalam aplikasi Kahoot!
  • Menggunakan kuiz Kahoot secara berulang bagi tujuan ulangkaji

Baiklah, berikut merupakan 9 isi-isi penting yang perlu cikgu ketahui untuk lulus kursus Kahoot! Gold. Jom baca dan hadam ya.

1. Kuiz Kahoot adalah sesuai untuk digunakan untuk ujian formatif, dinamik dan diagnostik. Namun, ujian sumatif adalah tidak disyorkan.

2. Jika menggunakan kuiz Kahoot sebagai ujian formatif, pastikan soalan yang ditanya adalah mengikut “flow” ke arah mencapai objektif pembelajaran. Maka soalan kuiz tidak sesuai untuk disusun secara rawak (randomize questions).

3. Untuk mewujudkan perbincangan dalam kalangan pelajar ketika ujian formatif dijalankan, guru boleh (a) memasukkan salah tanggapan/miskonsepsi sebagai pilihan jawapan, dan/atau (b) tayang semula gambar atau video yang sama selepas soalan ditanya (menggunakan fungsi slaid, terhad kepada akaun Pro atau Premium).

4. Aplikasi Kahoot! terdapat dalam versi Android dan iOS. Selain telefon pintar, aplikasi ini boleh juga digunakan dalam Chromebook. Cikgu boleh menggunakan aplikasi Kahoot! ini tanpa perlu ada akaun. Namun begitu, adalah lebih baik untuk mendaftar akaun.

5. Terdapat beberapa cara untuk memberi kuiz Kahoot sebagai latihan kerja rumah (Challenge) kepada pelajar, cikgu boleh memberi URL kuiz atau game pin kepada pelajar dengan menulis di papan tulis, tayang di skrin putih, berkongsi melalui aplikasi atau web, terus ke Google Classroom, Remind atau Microsoft Teams.

6. Dalam aplikasi Kahoot!, selain kedudukan sendiri dalam mod Challenge, pelajar juga dapat melihat lima kedudukan teratas dalam Leaderboard.

7. Keputusan kuiz yang telah dijawab boleh disemak di bahagian Leaderboard (dalam aplikasi) atau My results (dalam web).

8. Fungsi Play Again (sebelum in dikenali sebagai Ghost Mode) membolehkan pelajar menjawab soalan kuiz berulang kali bagi mengukuhkan pemahaman pelajar terhadap topik yang ditanya, dan juga untuk mengatasi poin terdahulu.

9. Laporan kuiz Play Again boleh dimuat turun.

Sekian, harap membantu.

Baca juga – Semua yang perlu anda tahu untuk lulus kursus Kahoot! Bronze

Baca juga – Semua yang perlu anda tahu untuk lulus kursus Kahoot! Silver

Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.