Pada hari Sabtu yang lepas (1hb Feb), admin telah menerima satu kiriman emel daripada pihak Kahoot!. Apabila dibuka kiriman emel tersebut, rupa-rupanya terdapat khabar baik daripada platform gamifikasi popular ini. Ya, permohonan admin sebagai Kahoot! Ambassador telah berjaya diterima! Yahoo!!!

Permohonan Kahoot Ambassador Berjaya

Sebenarnya admin tidak menaruh harapan yang tinggi untuk diterima sebagai seorang duta Kahoot!. Yalah, admin kan sedang cuti belajar sekarang di sebuah Universiti tempatan. Rezeki ayam nampak di kaki, rezeki manusia siapa yang tahu. Ya, admin berasa sangat bersyukur dengan pengiktirafan ini.

Kahoot! Ambassador pertama di Malaysia

Lebih manis lagi apabila admin dimaklumkan bahawa admin merupakan Kahoot! Ambassador pertama dari Malaysia! Kebanyakan duta yang dipilih adalah daripada kalangan warga pendidik di Amerika Syarikat. Yang ini memang sesuatu yang tidak dijangkakan oleh admin. Perasaan teruja itu memang ada, namun begitu terasa juga bebanan tanggungjawab membawa nama negara (Hahaha… gurau je). Apapun admin akan cuba untuk memberi yang terbaik.

Terdapat beberapa orang kenalan admin yang turut sama menghantar permohonan. Walapun nasib belum menyebelahi mereka, namun admin berharap mereka tidak serik dan akan terus menghantar permohonan lagi agar kita memiliki lebih ramai Kahoot! Ambassador.

Jom mohon sebagai Kahoot! Ambassador

Permohonan sebagai Kahoot! Ambassador boleh dibuat di pautan: http://bit.ly/kahoot-ambassador. Antara syarat untuk memohon ialah pemohon perlu mendapatkan sijil pengiktirafan Kahoot! Gold (http://bit.ly/kahootcertified) terlebih dahulu.

Admin akan menulis dengan lebih terperinci tentang program Ambassador ini di entri akan datang. Stay tuned, bak kata orang putih.

Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.