Webinar Cikgu Get Certified Fasa 1

“It Always Seems Impossible Until It Is Done”. Selama ini tidak pernah terlintas dalam fikiran admin untuk menganjurkan sesi webinar, dan admin berasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang telah membantu dalam menjayakan sesi webinar Cikgu Get Certified (t.me/cgetcertified) aka CGC.

Webinar Cikgu Get Certified Fasa 1

Jutaan terima kasih kami ucapkan di atas sokongan anda terhadap sesi webinar CGC Fasa 1 yang telah kami anjurkan bermula dari 23 sehingga 28 Mac 2020. Sekalung tahniah kepada para penceramah yang sudi berkongsi ilmu dengan para peserta, serta tidak lupa kepada moderator dan hos yang telah membantu melancarkan perjalanan sesi webinar kami.

Berikut merupakan senarai sesi webinar CGC Fasa 1 yang telah berlangsung di Saluran Youtube Pendidik Digital MY. Bagi anda yang telah terlepas dalam mengikuti sesi webinar kami secara live, bolehlah menonton rakaman video yang telah admin embed di sini.

Webinar#1: Pembelajaran Jarak Jauh dengan Kahoot!

23 Mac 2020 (Isnin) | 2.30 – 3.30pm
Penceramah: Cikgu Yu Kok Hui & Cikgu Goh Kok Ming

Info webinar:
Cikgu Yu dan Cikgu Goh akan menerangkan bagaimana Pembelajaran Jarak Jauh (Distance Learning) boleh dilakukan dengan menggunakan Kahoot!. Juga fitur-fitur baharu Kahoot akan dikongsi bersama dengan cikgu-cikgu serta langkah-langkah untuk memohon akaun Kahoot! Premium secara percuma.

Webinar#2: Pengenalan kepada Edpuzzle Certified

24 Mac 2020 (Selasa) | 2.00 – 3.00pm
Penceramah: Cikgu Herryan Shah
Moderator: Cikgu Yu Kok Hui

Info webinar:
Cikgu Herryan Shah akan membuat perkongsian mengenai aplikasi Edpuzzle dan bagaimana untuk menggunakan aplikasi bagi tujuan flipped classroom. Juga diperkenalkan Program Pembangunan Profesionalisme Berterusan iaitu Edpuzzle Certified.

Webinar#3: Cikgootube + Youtube Creator Academy

25 Mac 2020 (Rabu) | 2.30 – 3.30pm
Penceramah: Cikgu Mohd Faruze bin Iberahim
Moderator: Cikgu El Gamillo

Info webinar:
Cikgu Faruze dan Cikgu El akan berkongsi tentang komuniti Cikgootube dan program PPB Youtube Creator Academy di mana cikgu dapat menerokai kemahiran pembinaan video PdPc.

Webinar#4: Kahoot! Certified dan Kahoot! Ambassador

26 Mac 2020 (Khamis) | 2.30 – 3.30pm
Penceramah: Cikgu Yu Kok Hui
Moderator: Cikgu Naqib Zakwan

Info webinar:
Cikgu Yu akan berkongsi panduan bagi mengikuti program Kahoot! Certified dan menerangkan antara langkah-langkah yang perlu diikuti untuk memohon sebagai Kahoot! Ambassador.

Webinar#5: Makecode + micro:bit

27 Mac 2020 (Jumaat) | 2.30 – 3.30pm
Penceramah: Mr Tony Ng
Moderator: Cikgu Goh Kok Ming

Info webinar:
Mr Tony Ng and Cikgu Goh will share about Makecode and micro:bit for learning in this webinar. Microsoft MakeCode is a web-based environment for learning to code with physical computing devices such as the micro:bit. No software installation is required, Microsoft MakeCode runs in any modern web browser on most any operating system. You will have fun with it.

Webinar#6: Pengenalan kepada Screencastify Certified

28 Mac 2020 (Sabtu) | 2.30 – 3.30pm
Penceramah: Cikgu Naqib Zakwan
Moderator: Cikgu Yu Kok Hui

Info webinar:
Cikgu Naqib Zakwan akan memperkenalkan aplikasi rakam layar iaitu Screencastify dan berkongsi bagaimana aplikasi ini dapat digunakan dalam Google Apps termasuk Google Classroom. Cikgu-cikgu juga berpeluang untuk mengikuti program PPB Screencastify Certified.

Jangan lupa SUBSCRIBE dan LIKE Saluran Youtube Pendidik Digital MY di pautan www.youtube.com/c/PendidikDigitalMY sebagai tanda sokongan kepada kami.

Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.