Selang sehari selepas Sesi Webinar CGC Fasa 1 menutup tirai pada 28 Mac lalu, kami meneruskan lagi sesi perkongsian secara langsung di platform Youtube , dengan himpunan tujuh (7) topik menarik bagi Fasa 2.
Di sini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan anda terhadap sesi webinar CGC Fasa 2 yang telah kami anjurkan bermula dari 30 Mac sehingga 5 April 2020. Sekalung tahniah kepada para penceramah yang sudi berkongsi ilmu dengan para peserta, serta tidak lupa kepada moderator dan hos yang telah membantu melancarkan perjalanan sesi webinar kami.
Berikut merupakan senarai sesi webinar CGC Fasa 2 yang telah berlangsung di Saluran Youtube Pendidik Digital MY. Bagi anda yang telah terlepas dalam mengikuti sesi webinar kami secara live, bolehlah menonton rakaman video yang telah admin embed di sini.
Webinar CGC#7 : Bina dan Sunting Video PdPc Cikgootube Menggunakan Telefon Pintar
30 Mac 2020 (Isnin) | 2.30 – 3.30pm
Penceramah: Cikgu Mohd Faruze bin Iberahim
Moderator: Cikgu El Gamillo
Info webinar:
Cikgu Faruze dan Cikgu El akan berkongsi cara-cara untuk membina dan menyunting video PdPc Cikgootube dengan hanya menggunakan aplikasi di telefon pintar.
Webinar CGC#8 : Learn from Home Initiatives
31 Mac 2020 (Selasa) | 2.30 – 3.30pm
Penceramah: Cik Azima Azmi
Moderator: Cikgu Yu Kok Hui
Info webinar:
Cik Azima dari Frogasia akan membuat perkongsian mengenai inisiatif ‘Learn From Home’ bagi menyokong keperluan dan adaptasi rutin belajar dari rumah di sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dalam menangani wabak Covid19.
Webinar CGC#9 : Pembelajaran Berasaskan Projek
1 April 2020 (Rabu) | 2.30 – 3.30pm
Penceramah: Cikgu Herryan Shah
Moderator: Cikgu Yu Kok Hui
Info Webinar:
Cikgu Herry akan membuat perkongsian mengenai aktiviti-aktiviti ringkas di luar bilik darjah yang boleh guru suaikan dengan topik sepanjang PKP.
Webinar CGC#10 : Pengenalan kepada Nearpod Certified
2 April 2020 (Khamis) | 2.30 – 3.30pm
Penceramah: Cikgu Goh Kok Ming
Moderator: Cikgu Naqib Zakwan
Info Webinar:
Cikgu Goh KokMing akan memperkenalkan aplikasi Nearpod dan berkongsi bagaimana guru dapat menggunakan Nearpod bagi membina sesi pembelajaran interaktif bersama pelajar. Cikgu-cikgu juga berpeluang untuk mengikuti program Nearpod Certified.
Webinar CGC#11 : Maker UNO by Cytron
3 April 2020 (Jumaat) | 2.30 – 3.30pm
Penceramah: En. Idris Bin Zainal Abidin dan Pn Atifah Suad Binti Anwar
Moderator: Cikgu Yu Kok Hui
Info Webinar:
En. Idris dan Pn. Suad dari Cytron Technologies akan membuat perkongsian tentang papan Maker UNO iaitu satu produk yang direka khas untuk memudahkan guru dan pelajar mempelajari Arduino.
Webinar CGC#12 : rero:micro by Cytron
4 April 2020 (Sabtu) | 2.30-3.30pm
Penceramah: Mr Tony Ng dan Pn Cheryl Ng
Moderator: Cikgu Yu Kok Hui
Info Webinar:
En. Idris dan Pn. Suad dari Cytron Technologies akan membuat perkongsian tentang papan Maker UNO iaitu satu produk yang direka khas untuk memudahkan guru dan pelajar mempelajari Arduino.
Webinar CGC#13 : Pengenalan kepada Wakelet Community dan Program Student Ambassador
5 April 2020 (Ahad) | 2.30-3.30pm
Penceramah: Cikgu Mohd Azrul Bin Che Mustapha
Moderator: Cikgu Goh Kok Ming
Info Webinar:
Cikgu Azrul akan berkongsi tentang aplikasi Wakelet dan bagaimana aplikasi ini dapat dimanfaatkan semasa tempoh PKP. Juga, Cikgu Azrul akan memperkenalkan program Wakelet Community dan Student Ambassador.
Jangan lupa SUBSCRIBE dan LIKE Saluran Youtube Pendidik Digital MY di pautan www.youtube.com/c/PendidikDigitalMY sebagai tanda sokongan kepada kami.
Comments