Di atas sokongan yang menakjubkan daripada ahli-ahli Cikgu Get Certified (t.me/cgetcertified), kami telah meneruskan penganjuran sesi webinar untuk Fasa 3. Berpuluh ribu sijil penyertaan yang telah kami janakan sepanjang penganjuran sesi webinar Fasa 1 dan 2. Walau bagaimanpun bagi Fasa 3, kami tidak lagi menyediakan sijil penyertaan kepada peserta setelah mengambil kira beberapa faktor.
Bagi Fasa 3, kami telah bersiaran selama 5 hari dengan sejumlah enam (6) topik perkongsian. Di sini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan anda terhadap sesi webinar CGC Fasa 2 yang telah kami anjurkan bermula dari 8 sehingga 12 April 2020, walaupun sijil penyertaan tidak lagi disediakan oleh pihak kami kecuali tiga (3) sesi di mana sijil penyertaan disediakan oleh pihak penceramah sendiri.
Sekalung tahniah kepada para penceramah yang sudi berkongsi ilmu dengan para peserta, serta tidak lupa kepada moderator dan hos yang telah membantu melancarkan perjalanan sesi webinar kami.
Berikut merupakan senarai sesi webinar CGC Fasa 3 yang telah berlangsung di Saluran Youtube Pendidik Digital MY. Bagi anda yang telah terlepas dalam mengikuti sesi webinar kami secara live, bolehlah menonton rakaman video yang telah admin embed di sini.
Webinar CGC#14 : Kempen Hour of Code (HOC) edisi #dudukrumah
8 April 2020 (Rabu) | 2.30 – 3.30pm
Penceramah: En. Faizul Anuar
Moderator: En. Mohd Hairil Fitri Bin Ja’afar
Info webinar:
En. Faizul Anuar akan membuat perkongsian tentang kempen Hour of Code (HOC) edisi #dudukrumah, yang bermula dari 1 hingga 14 April 2020 oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) yang merupakan penganjur kempen ini, disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia dan juga Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi, bersempena dengan Minggu Sains Negara 2020.
Kempen ini juga menawarkan hadiah Cabutan Bertuah berupa ‘drone kit’ bernilai RM500 setiap satu untuk 10 pemenang bertuah. Penceramah juga akan menerangkan secara ringkas tentang program dan inisiatif dibawah #mydigitalmaker movement.
Webinar CGC#15: Learn from Home: Free Phone with Data by YTL Foundation
8 April 2020 (Rabu) | 4.30 – 5.30pm
Penceramah: Cik Azima Azmi
Moderator: Cikgu Yu Kok Hui
Info webinar:
Cik Azima akan membuat perkongsian mengenai bantuan khas ‘Free Phone with Data‘ melalui Inisiatif Learn From Home oleh YTL Foundation. Ketahui bagaimana guru-guru dapat memohon bantuan bagi keluarga yang memerlukan agar mereka dapat terus belajar dari rumah di sepanjang tempoh PKP ini.
Webinar CGC#16 : Belajar pengaturcaraan micro:bit melalui Future Skills for all
9 April 2020 (Khamis) | 2.30 – 3.30pm
Penceramah: Cik Khor Yi Thing, En. Waris Candra
Moderator: Pn. Cheryl Ng
Info Webinar:
Khas untuk JUD RBT dan guru-guru RBT, sesi ini bertujuan untuk menyediakan guru-guru RBT untuk kurikulum Tahun 5 bagi tahun 2021 di mana murid akan menggunakan micro:bit untuk belajar pengaturcaraan.
Webinar CGC#17 : Kesedaran dan Keselamatan Siber
10 April 2020 (Jumaat) | 2.30 – 3.30pm
Penceramah: En Mohd Hairil Fitri Bin Ja’afar
Moderator: Cikgu Yu Kok Hui
Info Webinar:
Perkongsian oleh En. Mohd Hairil Fitri, Penolong Pengarah Sumber Teknologi Pendidik, JPN Johor, mengenai kesedaran dan keselamatan siber meliputi amalan Kewarganegaraan Digital (Digital Citizenship) dan Fasih Digital (Digital Fluency).
Webinar CGC#18 : PGSM Pemangkin Profesionalisme Guru
11 April 2020 (Sabtu) | 2.30 – 3.30pm
Penceramah: Cikgu Noorsuhaily Ali
Moderator: Cikgu Naqib Zakwan
Info Webinar:
Pengerusi PGSM, Cikgu Suhaily akan membuat perkongsian bagaimana untuk menggerakkan sesuatu organisasi NGO sebagai pemangkin kepada pemerkasaan profesionalisme guru dalam pelbagai aspek keilmuan terutamanya bidang STEM dalam sistem pendidikan Malaysia.
Webinar CGC#19 : Pengenalan kepada Minecraft Education Edition
12 April 2020 (Ahad) | 2.30-3.30pm
Penceramah: Cikgu Mohd Azrul Bin Che Mustapha
Moderator: Cikgu Goh Kok Ming
Info Webinar:
Cikgu Azrul akan membuat perkongsian bagi pengenalan mengenai bagaimana memulakan Minecraft Education Edition, pensijilan Minecraft Education Edition untuk guru-guru dan bagaimana untuk mendapatkan nota-nota dan rancangan pengajaran menggunakan Minecraft Education Edition.
Jangan lupa SUBSCRIBE dan LIKE Saluran Youtube Pendidik Digital MY di pautan www.youtube.com/c/PendidikDigitalMY sebagai tanda sokongan kepada kami.
Comments