Setelah sesi webinar CGC Fasa 3 melabuhkan tirai pada 12 April lalu, kami telah meminta cadangan topik perkongsian daripada ahli-ahli CGC (t.me/cgetcertified) untuk kami bawakan dalam sesi webinar Fasa 4. Kami telah menerima pelbagai cadangan daripada cikgu-cikgu (terima kasih kami ucapkan) dan satu bancian telah dijalankan pada 15 dan 16 April.
Berdasarkan bancian yang telah kami jalankan, enam (6) topik yang paling mendapat sambutan ialah:
1. Membina modul subjek berkonsepkan Komik
2. Teknik mengedit gambar menggunakan Photoshop
3. Digital Painting menggunakan Telefon Pintar
4. Membuat animasi ringkas menggunakan Powtoon
5. Pengenalan kepada 3D Printing
6. Kemahiran asas Fotografi Menggunakan Telefon Pintar
Juga kami dengan sukacitanya untuk membawa tambahan dua (2) topik, menjadikan jumlah topik kepada lapan (8) bagi sesi webinar Fasa 4.
7. Belajar Pengaturcaraan Scratch 3.0
8. Pengenalan kepada Flipgrid Certified
Kami berasa amat berbesar hati kerana bagi penganjuran sesi webinar Fasa 4 ini, kami dapat bekerjasama dengan pihak Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor. Dengan kerjasama ini, maka pihak SSTP JPN Johor telah membantu untuk menyediakan daftar kehadiran dan sijil penyertaan SPLKPM kepada peserta dari kalangan guru KPM.
Bagi Fasa 4, kami telah bersiaran selama 8 hari dari 20 sehingga 27 April 2020. Di sini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan anda terutamanya kepada anda yang telah mengikuti sesi webinar anjuran kami sejak Fasa 1 lagi. Sekalung tahniah kepada para penceramah yang sudi berkongsi ilmu dengan para peserta, serta tidak lupa kepada moderator dan hos yang telah membantu melancarkan perjalanan sesi webinar kami, serta pihak SSTP JPN Johor selaku urusetia.
Berikut merupakan senarai sesi webinar CGC Fasa 4 yang telah berlangsung di Saluran Youtube Pendidik Digital MY. Bagi anda yang telah terlepas dalam mengikuti sesi webinar kami secara live, bolehlah menonton rakaman video yang telah admin embed di sini.
Webinar CGC#20 : Belajar Mengedit Grafik menggunakan Photoshop
20 April 2020 (Isnin) | 2.30 – 3.30pm
Penceramah: Cikgu Nurun Najwa
Moderator: Cikgu Naqib Zakwan
Info webinar:
Cikgu Nurun Najwa akan berkongsi tentang cara-cara mudah untuk mengubahsuai dan menghasilkan banner, bunting & ebook bagi program sekolah dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop.
Webinar CGC#21: Belajar Pengaturcaraan Scratch 3.0
21 April 2020 (Selasa) | 2.30 – 3.30pm
Penceramah: En. Munawwir Syazilli
Moderator: Pn Cheryl Ng
Info webinar:
En. Munawwair dari Penang Science Cluster (PSC) akan memperkenalkan program pengaturcaraan Scratch 3.0, khas kepada guru-guru TMK (Darjah 6) dan ASK (Tingkatan 1-3).
Webinar CGC#22 : Kemahiran Asas Fotografi Menggunakan Telefon Pintar
22 April 2020 (Rabu) | 2.30 – 3.30pm
Penceramah: Cikgu Mohd Faruze bin Iberahim
Moderator: En. M Fitri bin M Shukri
Info Webinar:
Cikgu Faruze akan berkongsi konsep asas fotografi menggunakan telefon pintar, 10 tips asas fotografi telefon pintar, jenis-jenis komposisi gambar, rule of third dan lain-lain serta dikongsi cara suntingan asas gambar menggunakan Aplikasi Snapseed.
Webinar CGC#23 : Pengenalan kepada 3D Printing
23 April 2020 (Khamis) | 2.30 – 3.30pm
Penceramah: En. Idris bin Zainal Abidin dan Mr Johnson Lam
Moderator: Cikgu Yu Kok Hui
Info Webinar:
Dalam sesi webinar ini, En Idris dari Cytron Technologies akan memperkenalkan teknologi 3D printing serta demo secara langsung mengenai cara penggunaan 3D printer dan pen 3D. Tetamu khas, En Johnson Lam, pengasas KakiDIY Community, akan berkongsi tentang initiatif golongan “Makers” yang menggunakan teknologi 3D printing untuk DIY pelindung muka bagi kegunaan petugas barisan hadapan bagi melawan COVID-19.
Webinar CGC#24 : Membina Animasi Ringkas Menggunakan Powtoon
24 April 2020 (Jumaat) | 2.30 – 3.30pm
Penceramah: Cikgu Yu Kok Hui
Moderator: Cikgu Nurun Najwa
Info Webinar:
Cikgu Yu akan berkongsi tentang cara-cara mudah untuk menghasilkan persembahan berbentuk animasi yang ringkas bagi tujuan PdPc dengan menggunakan aplikasi Powtoon.
Webinar CGC#25 : Membina Modul Subjek berkonsepkan Komik
25 April 2020 (Sabtu) | 2.30-3.30pm
Penceramah: Cikgu Rabbiatul Najua Rosman
Moderator: En. Mohd Azhar bin Mohtar
Info Webinar:
Cikgu Najua akan berkongsi mengenai konsep penghasilan komik pendidikan dan bagaimana untuk menghasilkan modul bagi sesuatu subjek berasaskan komik.
Webinar CGC#26 : Pengenalan kepada Flipgrid Certified
26 April 2020 (Ahad) | 2.30-3.30pm
Penceramah: Cikgu Faisal Fadzil dan Cikgu Arif Zakwan
Moderator: Cikgu Goh Kok Ming
Info Webinar:
Cikgu Arif dan Cikgu Faisal akan memfokuskan kepada tutorial asas penggunaan Flipgrid dan bagaimana Flipgrid dapat meningkatkan profesionalisme guru melalui program pensijilan peringkat antarabangsa.
Webinar CGC#27 : Pengenalan kepada Minecraft Education Edition
27 April 2020 (Isnin) | 2.30-3.30pm
Penceramah: Cikgu Goh Kok Ming
Moderator: Cikgu Nurul Nadiah Binti Zulkipli
Info Webinar:
Cikgu Azrul akan membuat perkongsian bagi pengenalan mengenai bagaimana memulakan Minecraft Education Edition, pensijilan Minecraft Education Edition untuk guru-guru dan bagaimana untuk mendapatkan nota-nota dan rancangan pengajaran menggunakan Minecraft Education Edition.
Jangan lupa SUBSCRIBE dan LIKE Saluran Youtube Pendidik Digital MY di pautan www.youtube.com/c/PendidikDigitalMY sebagai tanda sokongan kepada kami.
Comments