Analisis Keseluruhan Webinar Fasa 4

Dari 20 sehingga 27 April 2020, sejumlah lapan (8) sesi latihan webinar telah berjaya dianjurkan oleh kami di Pendidik Digital MY dan Cikgu Get Certified (t.me/cgetcertified) dengan kerjasama SSTP JPN Johor. Sesi webinar Fasa 4 ini telah menyaksikan penyertaan seramai 24,230 orang warga pendidik, ibubapa dan pelajar, dari seluruh pelosok Malaysia di mana lebih satu per tiga peserta adalah dari negeri Johor.

Tahniah kepada semua peserta yang telah menerima sijil penyertaan di SPLKPM. Juga sekalung tahniah diucapkan kepada para penceramah yang sudi berkongsi ilmu dengan para peserta, serta tidak lupa kepada moderator dan hos yang telah membantu melancarkan perjalanan sesi webinar kami, serta pihak SSTP JPN Johor selaku urusetia.

Analisis Keseluruhan Latihan Webinar Cikgu Get Certified (CGC) Fasa 4

Analisis Keseluruhan Webinar Fasa 4

Bilangan Sesi: 8
Bilangan Peserta: 24,230
Bilangan Lulus: 23,441
Peratus Lulus: 95.37%
Bilangan Layak Sijil SPLKPM: 20,137

Peratusan Komposisi Peserta Mengikut Negeri
1. Johor – 34.02%
2. Pulau Pinang – 12.40%
3. Sarawak – 9.41%
4. Selangor – 9.22%
5. Perak – 8.74%
6. WP Kuala Lumpur – 6.19%
7. Kedah – 3.40%
8. Sabah – 3.35%
9. Negeri Sembilan – 3.14%
10. Kelantan – 3.07%
11. Melaka – 2.56%
12. Terengganu – 1.51%
13. Pahang – 1.77%
14. Perlis – 0.47%
15. WP Putrajaya – 0.46%
16. WP Labuan – 0.29%

Kepada rakan-rakan guru yang terlepas siaran live kami, boleh tonton rakaman sesi webinar kami di Saluran Youtube Pendidik Digital MY (www.youtube.com/c/PendidikDigitalMY).

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.