Webinar Khas CGC Hari Guru dan Hari Raya - Ucapan Terima Kasih daripada Penganjur dan Urusetia

Sempena dengan sambutan Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri pada bulan Mei, kami di Pendidik Digital MY dan Cikgu Get Certified (t.me/cgetcertified) dengan kerjasama SSTP JPN Johor telah berjaya menganjurkan TIGA (3) sesi webinar khas, iaitu SATU (1) sesi sempena Hari Guru manakala DUA (2) sesi lagi adalah bertemakan Hari Raya.

Webinar Khas CGC Hari Guru dan Hari Raya - Ucapan Terima Kasih daripada Penganjur dan Urusetia

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan anda semua. Sekalung tahniah kepada para penceramah yang sudi berkongsi ilmu dengan para peserta, serta tidak lupa kepada moderator dan hos yang telah membantu melancarkan perjalanan sesi webinar kami, serta pihak SSTP JPN Johor selaku urusetia.

Berikut merupakan senarai sesi webinar khas CGC yang telah berlangsung di Saluran Youtube Pendidik Digital MY pada bulan Mei 2020. Bagi anda yang telah terlepas dalam mengikuti sesi webinar kami secara live, bolehlah menonton rakaman video yang telah admin embed di sini.

Webinar Khas CGC Hari Guru : Latihan Asas Mewarna Ilustrasi

12 Mei 2020 (Selasa) | 2.30 – 3.30pm
Penceramah: Cikgu Fidauz Abdullah
Moderator: Cikgu Rabbiatul Najua Rosman

Info webinar:
Cikgu Firdauz Abdullah akan membuat perkongsian tentang kemahiran asas untuk mewarna gambar ilustrasi secara digital dan bagaimana untuk membuat pemilihan warna yang sesuai dengan tema. Peserta akan diberi template gambar mewarna eksklusif Hari Guru untuk diwarnakan mengikut pilihan warna sendiri.

Webinar Khas CGC Hari Raya#01: Latihan Membuat Ketupat Raya Menggunakan Arduino

20 Mei 2020 (Rabu) | 2.30 – 3.30pm
Penceramah: Pn. Suad Anwar dan En. Idris Zainal Abidin, Cytron Technologies
Moderator: Cikgu Cheryl Ng

Info webinar:
En. Idris dan Pn. Suad dari Cytron Technologies akan membuat perkongsian tentang bagaimana untuk menghasilkan LED Ketupat Raya menggunakan papan Maker UNO.

Webinar Khas CGC Hari Raya#02: Latihan Mencipta Gambar Raya Keluarga Versi Bitmoji

21 Mei 2020 (Khamis) | 2.30 – 3.30pm
Penceramah: Cikgu Goh Kok Ming dan Cikgu Nurun Najwa
Moderator: Cikgu Naqib Zakwan

Info webinar:
Cikgu Goh dan Cikgu Najwa akan membuat perkongsian menarik mengenai cara-cara untuk mencipta avatar diri dan ahli keluarga menggunakan aplikasi Bitmoji di telefon pintar. Kemudian bitmoji ini akan dimasukkan dalam template bertemakan Hari Raya di Google Drawing.

Jangan lupa SUBSCRIBE dan LIKE  Saluran Youtube Pendidik Digital MY di pautan www.youtube.com/c/PendidikDigitalMY sebagai tanda sokongan kepada kami.

Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.