Acara maya atau atas talian semakin meningkat dalam populariti di kala dunia sedang berdepan dengan penularan pandemik COVID-19. Salah satu kelebihan acara seumpana ini ialah ianya boleh disertai oleh sesiapa sahaja tidak kira di mana mereka berada, dengan syarat mempunyai sambungan kepada internet.

Pada 17hb Jun ini, platform pembelajaran berasaskan permainan, Kahoot! akan mengadakan acara EDU Summit secara maya buat julung-julung kalinya, dengan pelbagai sesi perkongsian oleh pihak Kahoot!, rakan kerjasama dan duta Kahoot!.
Kahoot! EDU Summit ini akan berlangsung sepanjang hari dari jam 10.00 am sehingga 5.30 pm EDT (Jam 10.00 pm, 17hb Jun sehingga 5.30 am, 18hb Jun, waktu Malaysia). Acara global ini memberi fokus kepada pembangunan profesionalisme warga pendidik dari seluruh dunia. Jadual lengkap dan senarai pembentang bagi acara ini masih belum dikeluarkan buat masa ini.
Jom Sertai Kahoot! EDU Summit
Pendaftaran adalah percuma dan boleh dilakukan di laman rasmi Kahoot! EDU Summit di https://kahoot.com/schools/kahoot-edu-summit/.
Berikut adalah antara sebab anda perlu menyertai acara atas talian ini.
- Sesi bengkel hands-on yang dikendalikan oleh pihak Kahoot! dan pakar Teknologi Pendidikan (TeknoPen).
- Pengumuman kemaskini baharu Kahoot!.
- Sesi dan perbincangan panel bersama pihak Kahoot!, peneraju industri dan pendidik terkemuka.
- Pembentangan oleh peneraju industri penerbitan dan organisasi.
- Perkongsian amalan terbaik menggunakan Kahoot! dengan Microsoft Teams, Zoom, Skype, Google Meet dan banyak lagi.
- Peluang keemasan untuk berkenalan dan berhubung dengan warga pendidik dari seluruh pelosok dunia
- Memperoleh mata kredit Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB)
- Pelbagai peraduan dan hadiah serta permainan Kahoot! disediakan.
Anda berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah hadiah eksklusif Kahoot! jika anda mendaftar sebelum 1hb Jun 2020. Pihak Kahoot! juga menyediakan T-shirt percuma kepada 1,000 peserta terawal.
Selain dapat direkodkan sebagai aktiviti PBB dalam SPLKPM, sijil kehadiran dan lencana digital juga disediakan kepada semua peserta.
Tunggu apa lagi, jom daftar dan tambah ilmu!
Kemaskini 7 Jun 2020: Jadual penuh Kahoot! EDU Summit sedia untuk dirujuk.

Comments