Kami telah membuka tirai bulan Jun dengan sesi webinar CGC Fasa 5. Pendidik Digital MY dan Cikgu Get Certified (t.me/cgetcertified) dengan kerjasama SSTP JPN Johor (sekali lagi) telah membawa sebanyak EMPAT (4) topik menarik dari 2hb sehingga 5hb Jun 2020 secara langsung di Saluran YouTube Pendidik Digital MY.
Menariknya pada kali ini, kami telah menjemput pembentang khas dari Belanda dan Indonesia pada sesi latihan webinar pada 2hb dan 3hb Jun 2020. Kedua-dua sesi menggunakan medium Bahasa Inggeris, di mana turut dibantu oleh moderator, yang juga merupakan admin CGC, Cikgu Fadzli Ishak. Manakala, dua sesi seterusnya iaitu pada 4hb dan 5hb Jun 2020 adalah dalam Bahasa Malaysia.
Di sini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan anda semua. Sekalung tahniah kepada para pembentang yang sudi berkongsi ilmu dengan para peserta, serta tidak lupa kepada moderator dan hos yang telah membantu melancarkan perjalanan sesi webinar kami, serta pihak SSTP JPN Johor selaku urusetia.
Berikut merupakan senarai sesi webinar CGC Fasa 5 yang telah berlangsung di Saluran Youtube Pendidik Digital MY. Bagi anda yang telah terlepas dalam mengikuti sesi webinar kami secara live, bolehlah menonton rakaman video yang telah admin embed di sini.
CGC 5th Webinar Series (#31): Microsoft Tools That Support Remote Learning & Hybrid Education
2 Jun 2020 (Selasa) | 2.00 – 3.00pm
Pembentang: Afke Dijkerman (Customer Success Manager, Microsoft Education), Dimitri van Dillen (MIE Expert Netherlands) dan Lars Knol (MIE Expert Netherlands)
Moderator: Cikgu Fadzli Ishak
CGC 5th Webinar Series (#32): Introduction to Assembler EDU
3 Jun 2020 (Rabu) | 2.30 – 4.00pm
Pembentang: Anita Yustisia (Pengasas bersama & CCO di Assemblr)
Moderator: Cikgu Fadzli Ishak
Siri Webinar ke-5 CGC (#33): Bitmoji Digital Storytelling
4 Jun 2020 (Khamis) | 2.30 – 4.00pm
Pembentang: Cikgu Goh Kok Ming
Moderator: Cikgu Nurun Najwa
Siri Webinar ke-5 CGC (#34): Raspberry Pi – Komputer Pembelajaran Mampu Milik
5 Jun 2020 (Jumaat) | 2.30 – 4.00pm
Pembentang: En. Idris Zainal Abidin (Cytron Technologies)
Moderator: Pn. Suad Anwar
Jangan lupa SUBSCRIBE dan LIKE Saluran Youtube Pendidik Digital MY di pautan www.youtube.com/c/PendidikDigitalMY sebagai tanda sokongan kepada kami.