Dari 2hb sehingga 5hb Jun 2020, sejumlah EMPAT (4) topik latihan webinar telah berjaya dianjurkan oleh kami di Pendidik Digital MY dan Cikgu Get Certified (t.me/cgetcertified) dengan kerjasama SSTP JPN Johor.
Sesi webinar Fasa 5 ini telah menyaksikan penyertaan seramai 4,420 orang peserta terdiri daripada warga pendidik, ibubapa dan pelajar, dari seluruh pelosok Malaysia di mana hampir satu per tiga peserta adalah dari negeri Johor. Kami juga menerima penyertaan dari luar negara, memandangkan dua slot pertama dibentangkan oleh pembentang dari Belanda dan Indonesia, dalam Bahasa Inggeris.
Terima kasih kepada semua peserta kerana menyertai webinar kami. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada para pembentang yang sudi berkongsi ilmu dengan para peserta, serta tidak lupa kepada moderator dan hos yang telah membantu melancarkan perjalanan sesi webinar kami, serta pihak SSTP JPN Johor selaku urusetia.
Analisis Keseluruhan Latihan Webinar CGC Fasa 5
Bilangan Sesi: 4
Bilangan Peserta: 4,420
Bilangan Peserta (Warga KPM): 4,235 (95.81%)
Bilangan Peserta (Johor): 1,286 (29.10%)
Bilangan Lulus: 4,376 (99.00%)
Peratus Lulus: 98.94%
Komposisi Peserta Mengikut Negeri (%)
1. Johor – 29.10%
2. Perak – 12.06%
3. Sarawak – 11.24%
4. Pulau Pinang – 9.93%
5. Selangor – 9.73%
6. Sabah – 5.32%
7. WP Kuala Lumpur – 4.32%
8. Kedah – 3.80%
9. Pahang – 3.53%
10. Kelantan – 3.21%
11. Negeri Sembilan – 2.99%
12. Terengganu – 1.79%
13. Melaka – 1.74%
14. Perlis – 0.86%
15. WP Putrajaya – 0.14%
16. WP Labuan – 0.07%
17. Lain-lain – 0.62%
Kepada rakan-rakan guru yang terlepas siaran live kami, boleh tonton rakaman sesi webinar kami di Saluran Youtube Pendidik Digital MY (www.youtube.com/c/PendidikDigitalMY).