Webinar PPB bersama Wakelet bagi Bulan Jun 2020

Tahniah diucapkan kepada semua di Wakelet di atas kejayaan menganjurkan program Wakelet Community Week pada minggu lepas. Ramai warga pendidik dari Malaysia termasuk admin sendiri yang tidak melepaskan peluang untuk menyertai sesi webinar yang disajikan (15 sesi kesemuanya). Program ini telah berlangsung dari 1hb sehingga 5hb Jun 2020.

Wakelet Community Week
Kredit gambar: Wakelet

Walaupun sesi webinar berlangsung pada waktu lewat malam antara jam 10 malam sehingga 3 pagi pada keesokan harinya (waktu Malaysia), namun ianya tidak menghalang kami untuk turut serta sebagai peserta. Ya, demi mendapatkan ilmu! Dedikasi dan semangat yang ditunjukkan ini telah mendapat pujian daripada warga kerja Wakelet sendiri.

Kepada anda yang mungkin terlepas mengikuti Wakelet Community Week , boleh layari halaman Wakelet ini: https://wakelet.com/@WakeletCommunityWeek. Rakaman video dan sumber yangย  dikongsikan boleh didapati dalam halaman tersebut.

Webinar Pembangunan Profesional bersama Wakelet bagi Bulan Jun
Webinar PPB bersama Wakelet bagi Bulan Jun 2020
Kredit gambar: Wakelet

Baiklah, walaupun Wakelet Community Week telah menutup tirai, jika anda masih berada dalam mood untuk belajar tentang Wakelet, bolehlah menyertai sesi webinar mingguan Wakelet, iaitu webinar Beginners guide to Wakelet dan juga webinar Become a Wakelet Pro .

Baca Jugaย โ€“ย Apa yang menarik tentang Wakelet?

Berikut merupakan jadual webinar Wakelet untuk bulan ini.

Webinar Beginners guide to Wakelet

Hari: Setiap hari Selasa
Masa: 4 pm dan 8 pm (BST) atau 11 pm dan 3 am pada keesokan hari (waktu Malaysia).

Webinar Become a Wakelet Pro

Hari: Setiap hari Rabu
Masa: 5 pm (BST) atau 12 tengah malam (waktu Malaysia).

Setiap webinar akan diadakan secara berulang pada hari dan masa yang sama setiap minggu, maka anda boleh pilih salah satu tarikh yang sesuai.

Pendaftaran adalah percuma dan sijil kehadiran digital disediakan kepada peserta. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, boleh layari halaman ini: https://blog.wakelet.com/2020/06/08/wakelet-pd-opportunities-in-june/.

Selain daripada dua sesi webinar ini, pihak Wakelet juga akan mengadakan webinar khas komuniti atau Community Special webinars pada bulan ini. Setakat ini tiada sebarang maklumat mengenai webinar khas ini. Namun, Wakelet akan maklumkan melalui email dalam masa terdekat.

Jika anda belum memiliki akaun Wakelet, bolehlah mendaftar di https://wakelet.com.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.