Microsoft Education - Global Learning Week

Bulan Jun sememangnya padat dengan program webinar terutamanya daripada jenama pendidikan antarabangsa. Maklumlah sekolah-sekolah di luar negara sedang dalam cuti musim panas. Wakelet telah menutup tirai program Wakelet Community Week mereka pada minggu lepas. Pada minggu depan, giliran Kahoot! pula dengan program EDU Summit mereka pada 17hb Jun 2020.

Nampaknya Microsoft Education juga tidak mahu ketinggalan untuk membawa program musim panas mereka. Dari 22hb sehingga 26hb Jun ini, buat julung-julung kalinya jenama terkenal ini akan mengadakan program atas talian mereka yang  diberi nama sebagai Global Learning Week .

Microsoft Education - Global Learning Week
Kredit gambar: Microsoft Education

Sepanjang LIMA (5) hari program atas talian ini berlangsung, peserta akan menimba ilmu mengenai pembelajaran jarak jauh (PJJ) atau remote learning dengan berbantukan pelbagai aplikasi Microsoft termasuklah Microsoft Teams, Flipgrid, MakeCode dan Minecraft: Education Edition. Peserta juga boleh mendapatkan pelbagai tips dan kisah kejayaan pelaksanaan PJJ oleh pembentang yang juga merupakan pendidik.

Jom Sertai Global Learning Week

Global Learning Week boleh disertai oleh semua dan ianya adalah percuma. Program ini akan bersiaran secara langsung setiap hari dari 22hb sehingga 26hb Jun 2020 pada jam  9 – 10 pagi (Pacific Time) atau 12 tengah malam – 1 pagi (waktu Malaysia) di FB rasmi Microsoft Education.

Berikut merupakan jadual penuh program Global Learning Week.

22 Jun 2020 | Isnin

Connect and Collaborate | Jam 9 – 10 pagi (Pacific Time)
Featuring Microsoft Teams
(Waktu Malaysia: 12 tengah malam – 1 pagi, 23 Jun)

23 Jun 2020 | Selasa

Literacy: Engaging every student | Jam 9 – 10 pagi (Pacific Time)
Featuring Microsoft Learning Tools, Accessibility Checker, and Made by Dyslexia
(Waktu Malaysia: 12 tengah malam – 1 pagi, 24 Jun)

24 Jun 2020 | Rabu

Literacy: Engaging every student | Jam 9 – 10 pagi (Pacific Time)
Featuring Flipgrid and BBC
(Waktu Malaysia: 12 tengah malam – 1 pagi, 25 Jun)

25 Jun 2020 | Khamis

Building and cultivating problem solving, critical thinking, and creativity | Jam 9 – 10 pagi (Pacific Time)
Featuring Minecraft: Education Edition, Hacking STEM, and MakeCode
(Waktu Malaysia: 12 tengah malam – 1 pagi, 26 Jun)

26 Jun 2020 | Jumaat

Building meaningful relationships inside and outside the walls of the classroom | Jam 9 – 10 pagi (Pacific Time)
Featuring Minecraft: Education Edition, Flipgrid, and Microsoft Teams
(Waktu Malaysia: 12 tengah malam – 1 pagi, 27 Jun)

Buat masa ini, tidak dapat dipastikan sama ada sijil digital disediakan kepada para peserta atau sebaliknya. Admin sedang menunggu  maklum balas daripada pihak penganjur.

Video rakaman disediakan sekiranya anda tidak dapat mengikuti sesi webinar secara langsung. Maklumlah program ini akan berlangsung di waktu lewat malam di tempat kita.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari pautan ini: https://educationblog.microsoft.com/en-us/2020/06/celebrate-with-us-during-global-learning-week-this-june-22-26/.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.