Kempen Hour of Code (HOC) 2020 edisi #DigitalRaya

Mungkin ada di kalangan anda masih mengingati akan kempen Hour of Code (HOC) 2020 edisi #dudukrumah yang telah diadakan pada bulan April yang lepas. Kempen anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) ini telah menerima puluhan ribu penyertaan daripada kalangan murid seluruh negara yang berumur 7 sehingga 17 tahun.

Kempen Hour of Code (HOC) 2020 edisi #dudukrumah
Kredit gambar: mydigitalmaker

En. Faizul Anuar dari MDEC juga pernah menerangkan tentang kempen HOC 2020 edisi #dudukrumah di sesi webinar Cikgu Get Certified (CGC) Fasa 3 pada 8 April yang lepas. Anda boleh ikuti rakaman video di pautan: https://bit.ly/webinarCGC14.

Webinar CGC#14 - Kempen Hour of Code 2020 edisi #dudukrumah

Kini, MDEC kembali lagi dengan kempen Hour of Code (HOC) 2020 edisi #DigitalRaya bersempena dengan sambutan Hari Raya pada tahun ini. Kempen terbaharu ini telah bermula pada 9hb Jun dan akan tamat pada 22hb Jun 2020.

Kempen Hour of Code (HOC) 2020 edisi #DigitalRaya
Kredit gambar: mydigitalmaker

Kempen ini juga menawarkan hadiah Cabutan Bertuah berupa telefon pintar bernilai RM700 setiap satu untuk 30 pemenang bertuah dan kreatif. Pemenang juga akan memperoleh pas All-Access ke #mydigitalmaker Fair 2020 pada bulan Oktober tahun ini.

Apa itu Kempen Hour of Code (HOC)?

Hour of Code (HOC) merupakan aktiviti pengaturcaraan yang berdurasi selama 1 jam, di mana ia adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan meningkatkan kesedaran murid terhadap pengaturcaraan dan sains komputer dengan pendekatan yang menyeronokkan.

Di Malaysia, kempen HOC merupakan sebahagian daripada pembudayaan inovasi digital yang sedang giat dijalankan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia secara pembelajaran formal dan aktiviti kokurikulum dalam usaha menyediakan para murid untuk pekerjaan abad ke -21.

Kempen ini adalah selari dengan pelaksanaan KSSR Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Semakan dan KSSM baharu bagi mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK) dan Sains Komputer (SK), yang menerapkan elemen Pemikiran Komputasional dan Komputer Sains. Kempen ini juga ialah salah satu komponen strategik di bawah pelaksanaan #mydigitalmaker movement.

Bagaimana untuk menyertai kempen HOC 2020 edisi #DigitalRaya?

Penyertaan adalah secara individu dan terbuka kepada semua murid di Malaysia yang berumur 7 sehingga 17 tahun. Dalam edisi kali ni, murid adalah digalakkan untuk bekerjasama dengan ibu bapa, adik beradik dan seluruh isi rumah untuk memenangi hadiah yang lebih menarik.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk menyertai kempen ini.

Langkah 1:

Layari https://hourofcode.com/us/learn untuk memulakan aktiviti HOC.

Laman Hour of Code Activities

Langkah 2:

Bagi peserta kategori peringkat rendah (7 – 12 tahun), murid perlu melengkapkan modul “Write your 1st computer program“.

Manakala bagi kategori peringkat menengah (13 – 17 tahun) pula, murid boleh memilih salah satu antara modul “Code with Anna dan Elsa” atau “Star Wars (Building Galaxy with Code“.

Kempen HOC #DigitalRaya - Pilih Aktiviti HOC

Langkah 3:

Sebaik sahaja modul dilengkapkan, murid akan diberikan sijil penyertaan. Sila masukkan nama penuh seperti didalam MyKid/MyKad ke dalam ruangan Personalize your certificate and klik butang Submit. Pastikan sijil ini dimuat turun dan disimpan dalam komputer.

Kempen HOC #DigitalRaya - Masukkan Nama Penuh dalam Sijil Penyertaan

Langkah 4:

Rakam satu (1) gambar aktiviti HOC yang bertemakan #togetherness di dalam musim perayaan ini dan memenuhi ciri-ciri yang berikut:

  • Minima dua (2) orang di dalam foto.
  • Memperlihatkan modul pilihan.
  • Dengan tema perayaan (tidak tertumpu kepada tema hari raya Aidilfitri sahaja. Contoh: berpakaian sari, kurta, cheong sam dan sebagainya).
  • Kempen HOC #DigitalRaya - Ciri-ciri foto yang memenuhi syarat
Langkah 5:

Hantarkan penyertaan anda di www.mydigitalmaker.com/hoc. Anda perlu muat naik sijil penyertaan dan gambar aktiviti HOC yang bertemakan #togetherness ke dalam borang tersebut.

Dan jangan lupa untuk “Like” & “Follow” saluran media sosial #mydigitalmaker di Facebook dan Instagram untuk mendapatkan perkembangan terkini dan juga meningkatkan peluang anda untuk memenangi hadiah cabutan bertuah.

Jom luangkan sejam sahaja masa anda dan berpeluang memenangi hadiah sambil belajar pengaturcaraan!

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi kempen HOC 2020 di https://mydigitalmaker.com/hoc. Langkah-langkah terperinci untuk menyertai boleh didapati dalam Infokit yang telah disediakan: https://mydigitalmaker.com/hoc/infokit/.

Kemaskini 22hb Jun 2020:

Kempen HOC 2020 telah dilanjutkan tempoh sehingga 30hb Jun 2020. Harap maklum. 🙂

Kempen HOC #DigitalRaya dilanjutkan ke 30 Jun 2020
Kredit gambar: mydigitalmaker

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.