Wakelet Community Week yang telah berlangsung dari 1hb hingga 5hb Jun baru-baru ini telah menerima lebih 12, 000 penyertaan dari 77 negara. Warga pendidik Malaysia merupakan antara peserta yang telah mengikuti program selama 5 hari ini.

Untuk pengetahuan semua, program Wakelet Community Week ini telah berjalan secara langsung pada waktu lewat malam sehingga awal pagi di Malaysia kerana mengambil kira beza waktu 7 jam antara negara kita dengan United Kingdom. Walaupun terpaksa berjaga malam, ramai rakan guru yang tidak melepaskan peluang untuk menimba ilmu penggunaan Wakelet daripada pembentang dan duta Wakelet antarabangsa, termasuklah Kathi Kersznowski, Seth Fewell, Ken Shelton, Matt Miller, Holly Clark, dan bekas bintang bola sepak, Rio Ferdinand.

Di Malaysia, kami memiliki seramai 13 orang duta Wakelet dan kami telah melihat ini sebagai peluang untuk menganjurkan Minggu Komuniti Wakelet versi Malaysia supaya lebih ramai warga pendidik di Malaysia dapat didedahkan dengan platform percuma ini dan mempelajari fitur-fitur serta amalan terbaik penggunaan Wakelet dalam PdPc. Yang penting sesi yang kami bawakan ini adalah menggunakan medium Bahasa Malaysia (kecuali sesi terakhir).
Baca Juga – Apa yang menarik tentang Wakelet?
Dengan kerjasama SSTP JPN Johor, kami di Pendidik Digital MY dan Cikgu Get Certified (t.me/cgetcertified) telah menganjurkan Minggu Komuniti Wakelet MY selama 5 hari bermula dari 15hb sehingga 19hb Jun lepas. Peserta telah disajikan dengan 6 sesi perkongsian, di mana 5 sesi telah dibentang oleh duta Wakelet Malaysia manakala sesi ke- 6 yang juga merupakan penutup kepada program ini telah menampilkan tetamu khas dari Wakelet, iaitu Misbah Gedal dan James Davis.
Di sini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan anda semua. Sekalung tahniah kepada para pembentang dari kalangan duta Wakelet Malaysia yang sudi berkongsi ilmu penggunaan Wakelet dengan para peserta, serta tidak lupa kepada moderator dan hos yang telah membantu melancarkan perjalanan sesi program kami, serta pihak SSTP JPN Johor selaku urusetia.
Berikut merupakan senarai sesi bagi Minggu Komuniti Wakelet MY yang telah berlangsung di Saluran Youtube Pendidik Digital MY. Bagi anda yang telah terlepas dalam mengikuti sesi kami secara live, bolehlah menonton rakaman video yang telah admin embed di sini.
Minggu Komuniti Wakelet MY: Sesi 1 – Pengenalan kepada Wakelet
15 Jun 2020 (Isnin) | 2.30 – 3.30pm
Pembentang: Cikgu Yu Kok Hui (Duta Wakelet Malaysia)
Moderator: Cikgu Naqib Zakwan
Minggu Komuniti Wakelet MY: Sesi 2 – Bagaimana Murid Menggunakan Wakelet?
16 Jun 2020 (Selasa) | 9.00 – 10.00pm
Pembentang: Cikgu Mohd Azrul (Duta Wakelet Malaysia) dan Cikgu Faisal Fadzil (Student Voice Ambassador)
Moderator: Cikgu Yu Kok Hui (Duta Wakelet Malaysia)
Minggu Komuniti Wakelet MY: Sesi 3 – Kolaborasi Menggunakan Wakelet
17 Jun 2020 (Rabu) | 2.30 – 3.30pm
Pembentang: Cikgu Rooban Arumugam (Duta Wakelet Malaysia)
Moderator: Cikgu Yu Kok Hui (Duta Wakelet Malaysia)
Minggu Komuniti Wakelet MY: Sesi 4 – Appsmashing Bersama Wakelet (Bahagian 1)
18 Jun 2020 (Khamis) | 2.00 – 3.00pm
Pembentang: Cikgu Goh Kok Ming (Duta Wakelet Malaysia)
Moderator: Cikgu Naqib Zakwan
Minggu Komuniti Wakelet MY: Sesi 5 – Appsmashing Bersama Wakelet (Bahagian 2)
19 Jun 2020 (Jumaat) | 2.30 – 3.30pm
Pembentang: Cikgu Adnin Azmi (Duta Wakelet Malaysia)
Moderator: Cikgu Nad Zulkipli (Duta Wakelet Malaysia)
Minggu Komuniti Wakelet MY: Sesi 6 – Special Session with Wakelet Team
19 Jun 2020 (Jumaat) | 4.00 – 5.00pm
Tetamu Khas: Misbah Gedal dan James Davis
Moderator: Cikgu Goh Kok Ming (Duta Wakelet Malaysia)
Rakaman video, bahan perkongsian dan pelekat/lencana digital bagi setiap sesi juga boleh didapati di halaman Komuniti Wakelet MY di Wakelet: https://wakelet.com/@KomunitiWakeletMY.
Jangan lupa SUBSCRIBE dan LIKE Saluran Youtube Pendidik Digital MY di pautan www.youtube.com/c/PendidikDigitalMY sebagai tanda sokongan kepada kami.
Comments