Dari 15hb sehingga 19hb Jun 2020, sejumlah ENAM (6) sesi bagi Minggu Komuniti Wakelet MY telah berjaya dianjurkan oleh kami di Pendidik Digital MY dan Cikgu Get Certified (t.me/cgetcertified) dengan kerjasama SSTP JPN Johor. Program khas untuk warga pendidik di Malaysia ini merupakan cetusan inspirasi daripada Wakelet Community Week.
Minggu Komuniti Wakelet MY ini telah menyaksikan penyertaan seramai 4,101 orang peserta terdiri daripada warga pendidik dari seluruh pelosok Malaysia di mana hampir satu per tiga peserta adalah dari negeri Johor.
Halaman Komuniti Wakelet MY juga telah diwujudkan di Wakelet: https://wakelet.com/@KomunitiWakeletMY dan berjaya membina jaringan dengan hampir 300 orang rakan pendidik di platform Wakelet.
Terima kasih kepada semua peserta kerana telah menyertai Minggu Komuniti Wakelet MY. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada para pembentang dari kalangan Duta Wakelet Malaysia yang sudi berkongsi ilmu dengan para peserta, serta tidak lupa kepada moderator dan hos yang telah membantu melancarkan perjalanan sesi webinar kami, serta pihak SSTP JPN Johor selaku urusetia.
Analisis Keseluruhan Latihan Minggu Komuniti Wakelet MY
Bilangan Sesi: 6
Bilangan Peserta: 4,101
Bilangan Peserta (Warga KPM): 3,885 (94.73%)
Bilangan Peserta (Johor): 1,105 (27.02%)
Bilangan Lulus: 3,991 (97.36%)
Peratus Lulus: 97.36%
Komposisi Peserta Mengikut Negeri (%)
1. Johor – 27.02%
2. Perak – 13.44%
3. Selangor – 11.68%
4. Sarawak – 10.12%
5. Pulau Pinang – 9.36%
6. Sabah – 4.88%
7. WP Kuala Lumpur – 4.78%
8. Kedah – 3.78%
9. Pahang – 3.54%
10. Kelantan – 3.27%
11. Terengganu – 2.83%
12. Melaka – 2.39%
13. Negeri Sembilan – 2.27%
14. Perlis – 0.46%
15. WP Labuan – 0.15%
16. WP Putrajaya – 0.05%
Kepada rakan-rakan guru yang terlepas siaran live kami, boleh tonton rakaman sesi webinar kami di Saluran Youtube Pendidik Digital MY (www.youtube.com/c/PendidikDigitalMY).