Wakelet Ambassador

Seperti yang telah dijanjikan pada bulan Mac yang lepas, admin akan memberikan perincian tentang program Wakelet Ambassador dalam entri kali ini. Jika cikgu mempunyai keinginan untuk bergelar sebagai seorang duta Wakelet, maka diharapkan panduan yang admin sediakan ini dapat sedikit sebanyak membantu cikgu.

Wakelet Ambassador
Kredit gambar: Wakelet

Baca juga โ€“ย Apa yang menarik tentang Wakelet?

Untuk makluman cikgu, setakat hari ini, kami telah mempunyai 17 orang duta Wakelet dari Malaysia, di mana 4 orang duta baharu (tahniah!!!) baru diumumkan oleh Wakelet pada 1hb Julai 2020.

Apakah itu Wakelet Ambassador?

Wakelet Ambassador merupakan salah satu pengiktirafan yang diberikan kepada ahli komuniti Wakelet yang bukan sahaja aktif menggunakan platform percuma ini, malah sudi mengalas peranan untuk mempromosikan platform atas talian ini kepada anak-anak murid dan warga pendidik yang lain.

Sertai Komuniti Wakelet
Kredit gambar: Wakelet

Wakelet mempunyai komuniti global sendiri di mana warga pendidik boleh memohon untuk menjadi seorang ahli komuniti dan seterusnya sebagai duta Wakelet. Untuk layak memohon sebagai seorang duta, cikgu perlu diterima sebagai seorang ahli komuniti terlebih dahulu. Permohonan sebagai ahli komuniti boleh dibuat di https://community.wakelet.com/.

Kelebihan sebagai Ahli Komuniti dan Wakelet Ambassador

Kelebihan Menyertai Komuniti Wakelet

Sebagai seorang ahli komuniti, cikgu berpeluang untuk mencuba terlebih dahulu fitur pra-pelepasan (pre-release)Wakelet dan memberi maklum balas yang sewajarnya kepada pihak Wakelet. Berita dan maklumat mengenai fitur terbaharu Wakelet juga akan dihantar terus ke peti masuk emel cikgu. Jikalau cikgu ingin mengadakan sesi latihan dan bengkel kepada rakan-rakan guru, cikgu boleh memohon cenderamata (goodies atau swag) eksklusif daripada pihak Wakelet.

Cenderamata bagi Sesi Latihan dan Bengkel Wakelet
Cenderamata eksklusif berupa T-shirt dan pelekat Wakelet dikirim dari UK biasanya mengambil masa beberapa minggu untuk tiba di Malaysia. Untuk selamat, pastikan cikgu memohon cenderamata sebulan lebih awal.

Apabila cikgu menerima pengiktirafan sebagai seorang duta Wakelet , selain memiliki semua keistimewaan sebagai seorang ahli komuniti, cikgu berpeluang untuk menerima latihan khas dan berhubung terus dengan pihak Wakelet sendiri melalui private group chat di Twitter. Setiap kumpulan baharu duta Wakelet (diumumkan setiap awal bulan) akan dikumpulkan ke dalam private group chat yang sama. Di sini, duta Wakelet daripada pelbagai negara dan latar belakang dapat membina jaringan antarabangsa, berkongsi idea dan menjalankan program bersama.

Kelebihan sebagai Wakelet Ambassador

Selain menjalankan sesi latihan dan bengkel, cikgu juga boleh membantu untuk menyebarluaskan platform Wakelet ini di media sosial terutamanya di Twitter dan Facebook dengan menggunakanย  tanda pagar #WakeletWave dan juga membina kandungan mengenai Wakelet dalam pelbagai bentuk seperti infografik, penulisan blog dan tutorial video. Cikgu juga boleh memilih untuk mewakili Wakelet di acara dan persidangan yang berkaitan terutamanya di negara sendiri.

Bagaimana untuk memohon?

Jika cikgu ingin bergelar sebagai seorang duta rasmi Wakelet dan selesa untuk memperkenalkan platform atas talian ini kepada rakan guru yang lain, maka cikgu adalah dialu-alukan untuk menghantar permohonan.

Antara syarat untuk memohon adalah:

  1. Merupakan ahli kepada Wakelet Community.
  2. Memiliki sekurang-kurangnya 10 koleksi atau 100 penanda bukuย dalam Wakelet.
  3. Perlu mencipta koleksi Wakelet mengenai pengalaman menggunakan Wakelet.

Langkah 1: Menjadi ahli Komuniti Wakelet

Cikgu perlu memohon sebagai seorang ahli komuniti Wakelet terlebih dahulu. Permohonan boleh dibuat di https://community.wakelet.com/. Sila terus ke langkah 2 jika cikgu telah menjadi seorang ahli komuniti Wakelet.

Ahli Komuniti Wakelet
Kredit gambar: Wakelet

Kebiasaannya tiada masalah untuk cikgu diterima sebagai ahli komuniti sekiranya cikgu telah memiliki akaun Wakelet.

Langkah 2: Memenuhi syarat minimum bilangan koleksi/penanda buku

Seterusnaya, cikgu perlu memastikan cikgu telah memiliki sekurang-kurangnya 10 koleksi (sama ada private, unlisted atau public) atau 100 penanda buku (bookmarks) dalam Wakelet.

Bilangan Koleksi dan Penanda Buku Wakelet

Cikgu boleh mencipta koleksi berdasarkan kepada subjek yang diajar dan minat peribadi. Untuk mendapatkan idea-idea, cikgu boleh merujuk halaman Wakelet Surf School di https://wakelet.com/surfschool.

Langkah 3: Mencipta koleksi Wakelet mengenai pengalaman menggunakan Wakelet

Ini merupakan kriteria utama yang menentukan sama ada cikgu berjaya diterima sebagai duta Wakelet atau sebaliknya. Cikgu perlu memasukkan pengalaman cikgu menggunakan Wakelet sebagai sebuah koleksi Wakelet untuk dinilai oleh pihak Wakelet.

Koleksi My #WakeletWave Journey Thus Far

Di dalam koleksi tersebut, cikgu perlu menceritakan pengalaman cikgu menggunakan Wakelet dari awal sehingga ketika permohonan ini diisi, dengan susunan yang sekreatif mungkin dan memasukkan bahan dalam pelbagai bentuk seperti teks, gambar, PDF, ciapan (tweet), video dan sebagainya.

Peluang untuk cikgu diterima sebagai duta Wakelet adalah cerah jika cikgu (mengikut pendapat peribadi admin):

  • Aktif dalam menyebarkan info-info berkenaan Wakelet di media sosial seperti Facebook dan Twitter. Paling senang ialah dengan cara berkongsi (share) status Wakelet di Facebook dan retweet ciapan (tweet) Wakelet di Twitter.
  • Giat menyertai siri webinar yang dianjurkan oleh Wakelet.
  • Paling elok jika cikgu pernah mengadakan sesi latihan dan bengkel sebelum membuat permohonan.

Juga cikgu perlu menyatakan antara sebab mengapa cikgu ingin menjadi seorang duta Wakelet. Pastikan cikgu telah memasukkan semua tangkap layar (screenshot) dan gambar yang berkaitan dalam koleksi Wakelet tersebut sebagai bukti penglibatan cikgu dalam Wakelet.

Cikgu boleh merujuk tips dan panduan yang telah disediakan di pautan ini.

Langkah 4: Mengisi borang permohonan

Permohonan dibuka pada setiap bulan dan boleh dibuat di halaman https://community.wakelet.com/ambassadors/index.html. Klik pada butang “Apply now” untuk mula mengisi borang.

Borang Permohonan sebagai Duta Wakelet

Selamat membuat permohonan. Admin mendoakan agar cikgu berjaya. ๐Ÿ™‚

Pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak Wakelet melalui emel dan seterusnya cikgu akan bersuai kenal dengan wakil Wakelet melalui panggilan video, sebelum pengumuman rasmi cikgu sebagai duta Wakelet dibuat pada awal bulan berikutnya di media sosial Twitter.

Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.