10 sebab mengapa anda perlu cuba Kahoot! Premium

Penularan pandemik COVID-19 di seluruh dunia pada tahun ini telah menyebabkan penutupan semua sekolah dan instituti pendidikan tinggi. Namun begitu, proses penyampaian ilmu masih dapat diteruskan oleh warga pendidik dengan mengunapakai kaedah pembelajaran jarak jauh (remote learning) sama ada secara synchronous mahupun asynchronous.

Baca jugaBagaimana Kahoot! dapat menyokong Pembelajaran Jarak Jauh?

Yang tampak mengharukan warga pendidik ketika melalui tempoh ini ialah kemurahan hati pelbagai jenama pendidikan yang tampil menawarkan akses percuma kepada produk berbayar mereka untuk tempoh tertentu dan ada juga yang meningkatkan fungsi bagi produk percuma tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Kahoot terdapat dalam Mod Live dan Challenge

Platform pembelajaran berasaskan permainan iaitu Kahoot! juga tidak ketinggalan untuk memberikan warga pendidik akses percuma kepada pelan Premium mereka sejak bulan Mac lagi. PelanPremium ini adalah berharga $6 (lebih kurang RM 25) bagi langganan sebulan atauΒ  $72 (lebih kurang RM 300) setahun.

Pelan Berbayar Kahoot - Pro, Premium & Premium+

Pelan Premium ini menawarkan pelbagai fitur menarik yang tidak terdapat pada pelan Basic (percuma) dan mengikut maklumat terkini, anda boleh menggunakan semua fitur yang terdapat pada Kahoot! Premium secara percuma sehingga 30 September 2020 (sebelum ini sehigga 20 Jun 2020).

Berikut merupakan 10 sebab mengapa anda mesti cuba Kahoot! PremiumΒ sementara tawaran ini masih sah.

10 sebab anda mesti dapatkan Kahoot! Premium

10 sebab mengapa anda perlu cuba Kahoot! Premium

1. Semua bentuk soalan Kahoot! boleh digunakan

Jika sebelum ini anda hanya boleh menggunakan bentuk soalan Quiz (aneka pilihan) dan True or false (benar atau palsu) bagi pelan Basic. Kini anda boleh mencuba semua bentuk soalan bagi kuiz anda termasuklah Type answer (jawapan perlu ditaip), Puzzle (menyusun jawapan mengikut turutan), Poll (membuat bancian) dan Slide (masukkan kandungan pembelajaran atau penjelasan lanjut).

Kelebihan Kahoot! Premium#1 - Semua bentuk soalan boleh digunakan

2. Had bilangan pemain ditambah kepada 2,000 orang

Dengan menggunakan pelan Premium, anda boleh hos sehingga 2 ribu orang pemain bagi satu sesi Kahoot!, sama ada ianya dihos secara langsung (live) atau boleh diberi sebagai kerja rumah (challenge) kepada pelajar.

Kelebihan Kahoot! Premium#2 - Had Bilangan Pemain Sehingga 2000 orang

Akaun Basic hanya boleh menampung sehingga 1 ribu pemain bagi mod live dan 100 pemain bagi mod Challenge.

3. Akses penuh kepada jutaan sumber gambar berkualiti tinggi

Bagi akaun Premium, Kahoot! menyediakan akses penuh kepada jutaan gambar dan imej yang berkualiti tinggi di Kahoot! Image Library. Akses adalah terhad bagi akaun Basic.

Kelebihan Kahoot! Premium#3 - Akses Penuh kepada Kahoot! Image Library

Gambar yang diambil daripada Getty Images ini adalah bebas dari tuntutan royalti dan kredit kepada pemilik akan dimasukkan secara automatik apabila gambar tersebut digunakan.

Kelebihan Kahoot! Premium#3 - Akses Penuh kepada Kahoot! Image Library

Dengan adanya Image Library ini dapat menjimatkan masa anda untuk mencari gambar yang relevan dan yang paling penting, anda tidak perlu risau akan pelanggaran hak cipta gambar/foto.

4. Image Reveal meningkatkan fokus pemain

Jika gambar atau foto yang anda gunakan dalam sesuatu soalan kuiz Kahoot! dapat memberi petunjuk kepada pemain untuk mendapatkan jawapan tepat, maka fitur Image Reveal ini adalah sangat sesuai untuk digunakan.

Kelebihan Kahoot! Premium#4 - Image Reveal Meningkatkan Fokus Pemain

Image Reveal membolehkan gambar atau foto itu dipecahkan kepada cebisan yang ditetapkan (3×3, 5×5 atau 8×8) dan akan dipaparkan satu per satu ketika pemain menjawab soalan. Pastikan anda menambah had masa menjawab apabila Image Reveal diaktifkan supaya pemain mempunyai masa yang mencukupi untuk menjawab.

5. Pemilihan lebih daripada satu jawapan dengan Multi-select Answers

Jika lebih daripada satu pilihan jawapan diterima sebagai jawapan yang tepat, maka anda boleh memilih untuk menggunakan fitur Multi-select dalam tetapan jawapan.

Kelebihan Kahoot! Premium#5 - Kebolehan memilih lebih daripada satu jawapan

Fitur ini membolehkan pemain untuk memilih jawapan-jawapan yang tepat bagi sesuatu soalan kuiz tersebut. Hal ini dapat memperlihatkan ketetapan jawapan yang dipilih oleh pemain dan bukan sekadar membuat tekaan jawapan sahaja.

6. Semua bentuk soalan boleh dimasukkan dalam kuiz yang sama

Ya, anda boleh memasukkan satu bentuk soalan atau mempelbagaikan bentuk soalan (Quiz, True or False, Type Answer, Puzzle, Poll dan/atau Slide) dalam kuiz yang sama.

Kelebihan Kahoot! Premium#6 - Semua bentuk soalan boleh digunakan dalam satu kuiz

Selain daripada mengunakan kuiz Kahoot! untuk menguji kefahaman pemain, anda juga memasukkan Slide sahaja dalam Kahoot! anda untuk digunakan sebagai slaid pembelajaran.

7. Membuat salinan dan menyunting kuiz Premium sedia-ada

Anda boleh membuat salinan (duplicate) kepada semua kuiz sedia ada termasuk kuiz Premium apabila anda membuat carian kuiz di tab Discover. Salinan kuiz Premium ini kemudiannya boleh disunting (edit) oleh anda mengikut kesesuaian kandungan topik yang diajar.

Kelebihan Kahoot! Premium#7 - Akses kepada Kuiz Premium sedia ada

8. Memasukkan jenama atau logo sekolah dalam kuiz Kahoot!

Ya, dengan akaun Premium, anda boleh meletakkan jenama atau logo sekolah bagi setiap kuiz Kahoot! di bahagian Team details (Klik pada gambar profil > Team settings).

Kelebihan Kahoot! Premium#8 - Penggunaan Jenama atau Logo Sekolah dalam Kuiz Kahoot!

Jenama atau logo akan muncul di lobi kuiz, sebelum soalan pertama ditanya, papan skor dan podium.

9. Personalized learning di aplikasi mudah alih Kahoot!

Fitur Personalized learning ini memberi peluang kepada pemain untuk mengulang jawab soalan sukar daripada sesi kuiz Kahoot! yang dijawab sama ada dalam mod Live atau Challenge.

Kelebihan Kahoot! Premium#9 - Personalized Learning di Aplikasi Mudah Alih Kahoot!

Anda perlu mengaktifkan fitur ini sebelum kuiz Kahoot! diberikan kepada pemain. Buat masa ini, Personalized learning hanya didapati pada aplikasi mudah alih Kahoot! di Android dan iOS. Fitur ini akan hadir di mod Challenge versi web tidak lama lagi.

10. Kolaborasi dengan rakan sekerja dalam Team Space

Dengan Team Space, anda boleh berkolaborasi dengan rakan sekerja dalam satu ruang kerja khas dalam Kahoot!.

Kelebihan Kahoot! Premium#10 - Kolaborasi antara Rakan Sekerja di Team Space

Anda dan rakan sekerja boleh memasukkan seberapa banyak kuiz Kahoot! dalam Team Space untuk kegunaan bersama dan juga boleh berkolaborasi untuk membina kuiz-kuiz Kahoot!. Laporan kuiz boleh dikongsikan untuk rujukan bersama. Tambahan pula, kuiz-kuiz juga boleh dikategorikan mengikut tahun/tingkatan dan subjek dalam folder supaya lebih tersusun.

Bagaimana untuk mendapatkan Kahoot! Premium secara percuma?

Tawaran Kahoot! Premium adalah sah untuk digunakan secara percuma sehingga 30hb September 2020. Tawaran ini mungkin dilanjutkan bergantung kepada situasi semasa penularan pandemik COVID-19.

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk menaik taraf akaun Kahoot! anda kepada Premium.

Langkah 1: Pastikan anda telah log masuk ke akaun Kahoot! anda di https://kahoot.com terlebih dahulu. Jika anda belum mempunyai akaun, anda boleh mendaftar akaun baharu.

Pelan Kahoot Basic

Langkah 2: Layari pautan ini: https://kahoot.com/access-kahoot-premium-for-free/ di tab baharu.

Naik Taraf kepada Pelan Kahoot Premium
Proses naik taraf akan berjalan secara automatik. Jika tidak, anda klik sendiri pada pautan (schools here atau higher education here) dalam halaman tersebut untuk meneruskan proses naik taraf.

Proses Naik Taraf ke Kahoot! Premium sedang berjalan

Anda akan diminta untuk menamakan Team Space anda jika belum berbuat demikian.

Proses Naik Taraf ke Kahoot! Premium sedang berjalan

Proses naik taraf telah selesai.

Proses Naik Taraf ke Kahoot! Premium sedang berjalan

Anda kini boleh menggunakan semua fitur yang didapati dalam pelan Kahoot! Premium.

Pelan Kahoot Premium Secara Percuma

 

Apa yang akan berlaku selepas akaun Premium tamat tempoh?

Setelah tempoh penggunaan Kahoot! Premium tamat pada 30hb September 2020 nanti, status akaun Kahoot! akan kembali kepada Basic.

Jangan risau, semua kuiz Premium yang telah dibina masih boleh digunakan walaupun tempoh Premium telah tamat. Cumanya anda tidak boleh menyunting kuiz Premium tersebut. Maka, manfaatkan peluang keemasan ini untuk membina seberapa banyak kuiz Premium yang mungkin. πŸ™‚

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.