Wakelet Live - Agenda

Program Wakelet Community Week yang telah diadakan khas bagi meraikan semua ahli komuniti Wakelet sememangnya padat dengan sesi keynote dan webinar yang menyentuh tentang pendidikan,  pembelajaran jarak jauh, pedagogi dan sebagainya. Program ini telah diadakan secara langsung pada awal bulan lepas, iaitu dari 1hb sehingga 5hb Jun 2020.

Wakelet Community Week
Kredit gambar: Wakelet

Baca Juga – Apa yang menarik tentang Wakelet?

Program yang diadakan buat julung-julung kali ini telah membuka tirai dengan sesi Wakelet Live! pada 1hb Jun. Salah satu pengisian sesi ini yang menampilkan warga kerja di Wakelet iaitu Jamil Khalil (Pengasas Wakelet),  Misbah Gedal, James Davis, Teijas K. Y. dan Callum Nightingale, adalah mengenai kisah kejayaan dan amalan terbaik Wakelet oleh ahli komuniti dan duta Wakelet dari serata dunia terutamanya dari aspek pembelajaran jarak jauh dan perkongsian penggunaan Wakelet dalam Project Kakuma.

Baca Juga –  Panduan untuk memohon sebagai Wakelet Ambassador

Wakelet Live - Agenda

Sewaktu Wakelet Live! juga, pihak Wakelet telah membuat beberapa pengumuman yang disambut baik oleh komuniti Wakelet dan memperlihatkan fitur-fitur baharu yang akan hadir ke platform atas talian ini.

Jom kita baca apa yang telah diumumkan oleh pihak Wakelet yang membuatkan ramai ahli komuniti dan warga pendidik teruja.

Pengumuman untuk Komuniti Wakelet

Wakelet Live - Pengumuman Komuniti
Kredit gambar: Wakelet

1. Wakelet Training Center 

Wakelet akan membuat penambahbaikan terhadap program latihan mereka dengan menyediakan pelbagai sumber yang boleh diakses dari halaman yang dinamakan sebagai Wakelet Training Center.

Wakelet Training Center

Di halaman ini, warga pendidik dapat mengakses pelbagai maklumat termasuklah webinar anjuran Wakelet, kursus-kursus lanjutan (Pro), kursus-kursus Wakelet di Microsoft Educator Center (MEC), eBookEducators Guide to Wakelet“, dan  tutorial video. Anda turut berpeluang untuk mendapatkan dua (2) lencana digital Pro setelah mengikuti kursusWakelet.

Kemaskini 8 Julai 2020: Wakelet Training Center boleh diakses di https://training.wakelet.com/. Namun begitu, kursus-kursus lanjutan (Pro) masih belum didapati.

2. Kemaskini terhadap Student Ambassador Program

Program duta  murid atau Student Ambassador Program  yang disasarkan khas untuk murid yang berumur 13 tahun dan ke atas ini akan menerima kemaskini baharu termasuklah:

  • rekabentuk baharu
  • penambahbaikan tugasan
  • lebih banyak aktiviti disediakan

3. Ruangan maklum balas komuniti baharu

Wakelet suka mendengar cetusan idea dan maklum balas daripada ahli komuniti. Kini, ahli komuniti boleh menggunakan saluran baharu yang disediakan bagi menyampaikan maklum balas terus kepada pihak Wakelet.

Wakelet Live - Ruangan Maklum Balas Baharu

Anda boleh melaporkan sesuatu pepinjat (bug) atau isu, mengutarakan fitur baharu yang ingin anda lihat dan guna di Wakelet, dan juga berkongsikan idea anda untuk menambahbaik reka bentuk platform ini.

Maklum balas boleh dihantar di https://wakelet.typeform.com/to/XcJQ1w.

4. Sokongan kepada pelbagai bahasa 

Platform Wakelet versi web akan menyokong pelbagai bahasa termasuklah bahasa Perancis, bahasa Jerman, dan bahasa Sepanyol. Sokongan kepada bahasa-bahasa lain akan menyusul pada masa akan datang.

Fitur-fitur baharu Wakelet

Wakelet Live - Fitur-fitur akan datang Wakelet
Kredit gambar: Wakelet

Fitur-fitur baharu yang akan dibawakan oleh Wakelet memberi fokus utama terhadap aspek kolaborasi.

1. Kebenaran baharu bagi kolaborasi dalam koleksi

Jika sebelum ini rakan guru atau murid yang telah dipelawa (invite) untuk berkolaborasi dalam koleksi anda hanya boleh memegang peranan sebagai penyumbang (contributor).

Wakelet Live - Kebenaran untuk Kolaborasi

Dengan fitur baharu ini, anda selaku pemilik sesuatu koleksi boleh menetapkan peranan seseorang individu itu sebagai administrator.  Seorang yang telah diberi tanggungjawab sebagai administrator akan mempunyai semua bidang kuasa yang anda miliki sebagai pemilik koleksi, kecuali tidak dapat untuk memadam koleksi tersebut.

2. Kolaborasi pada masa nyata (real-time)

Fitur baharu telah diperkenalkan pada 16hb Jun lepas di mana anda sebagai pemilik koleksi dapat melihat keseluruhan proses kemaskini kandungan yang telah dilakukan oleh penyumbang pada masa nyata.

Wakelet Live - Kolaborasi di Masa Nyata
Kredit gambar: Wakelet

Anda juga dapat melihat bilangan penyumbang yang sedang berada dalam halaman koleksi anda.

3. Kolaborasi merentas peranti 

Wakelet akan membawakan pelbagai penambahbaikan terhadap aplikasi mudah alih di peranti Android dan iOS. Salah satu daripadanya ialah fungsi “guest” yang akan hadir di peranti mudah alih di mana anda boleh mengambil bahagian dalam sesuatu koleksi tanpa perlu ada akaun Wakelet.

Seperti penggunaan dalam versi web, anda perlu memasukkan invite code yang diberi oleh pemilik koleksi untuk menyertai koleksi tersebut dan mula berkolaborasi.

Wakelet Spaces - Asingkan koleksi kepada profil berlainan
Kredit gambar: Wakelet

4. Wakelet SPACES

Wakelet SPACES merupakan antara fitur yang dinanti-nantikan oleh pengguna Wakelet. Fitur baharu ini merupakan life saver kepada pengguna Wakelet yang sebelum ini mengambil langkah untuk mencipta lebih daripada akaun Wakelet  (menggunakan alamat emel berlainan) semata-mata untuk mengasingkan koleksi mereka mengikut kelas, subjek dan minat.

Wakelet Live - Wakelet SPACES

Dengan adanya SPACES, anda boleh menyusun koleksi anda dengan lebih sistematik dengan mencipta pelbagai ruangan (space) di bawah akaun yang sama dan koleksi anda boleh diasingkan/dipindahkan ke dalam ruangan yang dikehendaki. Mengikut Jamil, tiada had kepada bilangan ruangan yang boleh dicipta.

Fitur-fitur lain termasuklah:

  • pengenalan tetapan “Contributor access” di mana anda boleh memberi akses kepada semua penyumbang untuk menyunting dan memadam semua item dalam sesebuah koleksi tersebut.
  • fungsi reaksi, komen, moderasi, dan notifikasi akan diperkenalkan dalam Wakelet.

Jika anda terlepas mengikut sesi Wakelet Live!, anda masih boleh mengikuti rakaman video yang telah admin embed di bawah ini.

Jom sertai Komuniti Wakelet

Sertai Komuniti Wakelet
Kredit gambar: Wakelet

Wakelet mempunyai komuniti sendiri yang disertai oleh warga pendidik dari seluruh pelosok dunia. Sebagai seorang ahli komuniti, anda berpeluang untuk mencuba terlebih dahulu fitur pra-pelepasan (pre-release)Wakelet dan memberi maklum balas yang sewajarnya kepada pihak Wakelet. Berita dan maklumat mengenai fitur terbaharu Wakelet juga akan dihantar terus ke peti masuk emel cikgu. Jikalau cikgu ingin mengadakan sesi latihan dan bengkel kepada rakan-rakan guru, cikgu boleh memohon cenderamata (goodies atau swag) eksklusif daripada pihak Wakelet.

Permohonan untuk menjadi ahli komuniti Wakelet boleh dibuat di pautan ini: https://community.wakelet.com/.

Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.