Cikgu Get Certified - Kahoot

Admin percaya ramai dalam kalangan cikgu pernah menggunakan aplikasi Kahoot! (https://kahoot.com/schools/), dan besar kemungkinan aplikasi kuiz ini merupakan antara aplikasi terawal yang cikgu gunakan bersama pelajar.

Kahoot - Halaman Utama

Apa itu Kahoot?

Aplikasi Kahoot! yang mula diperkenalkan pada tahun 2013 merupakan satu platform kuiz atas talian yang bertujuan untuk mewujudkan keseronokan belajar melalui pendekatan pembelajaran berasaskan permainan (game-based learning). Kini, Kahoot! merupakan antara aplikasi yang digemari oleh guru dan pelajar.

Guru boleh memilih untuk mengadakan kuiz untuk pelajar secara live di bilik darjah atau boleh juga memberi kuiz sebagai challenge kepada pelajar, di mana pelajar akan menjawab kuiz tersebut pada bila-bila masa asalkan mereka menjawab sebelum due date yang guru tetapkan. Untuk menjawab kuiz, pelajar akan memasukkan game pin yang diberi oleh guru pada pautan https://kahoot.it di pelayar web atau juga boleh menggunakan aplikasi mudah alih Kahoot!.

Kahoot - Aplikasi Kuiz Masa Nyata

Apa yang dikira menarik tentang Kahoot! ini ialah keunikan kuiz ini dijalankan secara live. Soalan kuiz tidak kelihatan pada skrin komputer pelajar, tetapi hanya terpapar di skrin komputer guru. Dengan bantuan projektor, soalan pada skrin komputer guru akan ditayangkan di hadapan kelas. Berdasarkan soalan pada skrin komputer guru, pelajar akan membuat pilihan jawapan di komputer mereka.

Kiraan mata diberi berdasarkan kepada kepantasan pelajar menjawab soalan dengan tepat (kelajuan internet juga memainkan peranan) dan selepas tamat sesi kuiz, guru dapat menganalisis pencapaian pelajar dengan hanya merujuk kepada laporan yang dijana oleh Kahoot!.

Program Kahoot! Certified

Program Kahoot! Certified (http://bit.ly/kahootcertified) telah diperkenalkan pada 28hb Ogos 2018 kepada warga pendidik sebagai sebuah program yang boleh menyumbang kepada pembangunan profesionalisme guru.

Program Kahoot Certified

Setakat hari ini, terdapat tujuh (7) kursus yang boleh diikuti oleh guru. Tiga daripadanya merupakan kursus teras manakala selebihnya merupakan kursus lanjutan, yang baharu ditambah pada 5hb September 2019.

Cikgu Get Certified - Kahoot

Kursus teras

  • Bronze
  • Silver
  • Gold

Baca juga – Semua yang perlu anda tahu untuk lulus kursus Kahoot! Bronze

Baca juga – Semua yang perlu anda tahu untuk lulus kursus Kahoot! Silver

Baca juga – Semua yang perlu anda tahu untuk lulus kursus Kahoot! Gold

Kursus lanjutan 

  • Rocketeer
  • Globetrotter
  • Master
  • Ace

Setiap kursus mengandungi beberapa siri video pembelajaran dan juga panduan dalam format PDF yang boleh dimuat turun. Untuk get certified, cikgu perlu mengambil kuiz Kahoot! (mengandungi 10 soalan) menggunakan aplikasi mudah alih Kahoot! di telefon pintar. Game pin boleh diperoleh dengan menekan butang “Get certified now!” pada halaman kursus.

Program Kahoot Certified - Kursus Bronze

Guru yang berjaya memperoleh 80% markah pencapaian, atau menjawab 8 atau lebih soalan (daripada 10 soalan) dengan tepat akan menerima sijil pengiktirafan dan lencana digital (dihantar ke peti masuk e-mel cikgu).

Program Kahoot Certified - Sijil Pengiktirafan dan Lencana Digital Bronze

Jikalau cikgu tidak berjaya melepasi ujian, cikgu masih boleh mengambil ujian ulangan pada hari Isnin minggu berikutnya dengan menggunakan game pin yang baharu.

Selamat mencuba program Kahoot! Certified dan jangan lupa untuk daftarkan akaun baharu Kahoot! (ianya percuma) jika belum ada.

Jika terdapat sebarang persoalan atau komen, sila tinggalkannya di ruangan komen di bawah.

[Kemaskini 21/09/2020]: Kahoot! telah mengemaskini kursus dalam program pensijilannya. Dua kursus lanjutan baharu telah ditambah iaitu, Coach dan Mentor. Manakala kursus Ace telah dimansuhkan.

Cikgu Get Certified - Kahoot Certified (September 2020)

Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.