Salah satu pengumuman komuniti yang dibuat pada sesi Wakelet Live! di awal bulan lepas ialah penambahbaikan terhadap program latihan mereka dengan menyediakan pelbagai sumber yang boleh diakses dari satu halaman sehenti yang diberi nama sebagai Wakelet Training Center.
Baca juga – Sekitar Pengumuman Komuniti dan Fitur-fitur akan datang di sesi Wakelet Live!
Kini halaman ini telah dibuka untuk akses di https://training.wakelet.com/.
Warga pendidik boleh mendapatkan pelbagai sumber Wakelet dari halaman sehenti ini termasuklah program Pembangunan Profesionalisme Guru iaitu webinar Wakelet, kursus-kursus lanjutan (Pro) dan kursus-kursus Wakelet di Microsoft Educator Center (MEC).
Selain itu, anda boleh muat turun buka panduan Wakelet iaitu “The Educators Guide to Wakelet“ terus dari halaman ini. Ebook (format PDF) ini terdapat dalam pelbagai bahasa, termasuklah Bahasa Melayu.
Ebook edisi Bahasa Melayu ini adalah hasil terjemahan oleh Cikgu Mohd Azrul Bin Che Mustapha (Wakelet Ambassador) dan Cikgu Mohd Faisal Bin Fadzil.
Bukan itu sahaja, tutorial video juga disediakan kepada rakan yang ingin belajar selok-belok penggunaan Wakelet ini.
Buat masa ini, kursus Pro belum sedia untuk diakses. Apabila kursus ini dimasukkan ke dalam Wakelet Training Center nanti, anda akan berpeluang untuk mendapatkan dua (2) lencana digital Pro setelah berjaya melengkapkan kursus tersebut. Sama-sama kita nantikan. 🙂
Jom sertai Komuniti Wakelet

Wakelet mempunyai komuniti sendiri yang disertai oleh warga pendidik dari seluruh pelosok dunia. Sebagai seorang ahli komuniti, anda berpeluang untuk mencuba terlebih dahulu fitur pra-pelepasan (pre-release)Wakelet dan memberi maklum balas yang sewajarnya kepada pihak Wakelet. Berita dan maklumat mengenai fitur terbaharu Wakelet juga akan dihantar terus ke peti masuk emel cikgu. Jikalau cikgu ingin mengadakan sesi latihan dan bengkel kepada rakan-rakan guru, cikgu boleh memohon cenderamata (goodies atau swag) eksklusif daripada pihak Wakelet.
Permohonan untuk menjadi ahli komuniti Wakelet boleh dibuat di pautan ini: https://community.wakelet.com/.
Comments